in , ,

Pasaraya Ebit Lew Cari 100 Pekerja, Netizen Mohon Buka Banyak Cawangan

Pendakwah terkenal lagi disegani, Ustaz Ebit Lew telah menawarkan 100 pekerjaan kepada sesiapa jua asalkan rakyat Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di 10 cawangan pasar raya miliknya Elews Mart di sekitar Lembah Klang. Mulia sungguh hati Ustaz Ebit Lew.

Pasaraya yang akan dibuka pertengahan bulan depan itu menawarkan jawatan seperti pengurus, penolong pengurus, pegawai pemasaran, penyelia dan kakitangan peruncitan bagi setiap cawangan tersebut. Niat suci murninya cuma satu, hanya mahu membantu semua orang yang dibuang kerja dan terkesan dengan penularan pandemik Covid-19 yang sampai sekarang masih lagi bermaharajalela di luar sana.

Perkara tersebut dikongsi di Facebook dan mengumumkan lokasi cawangan iaitu di Bandar Baru Bangi, Kajang, Cyberjaya, Subang Perdana, Sungai Buloh, Prima Sri Gombak, Gombak Traders, Shah Alam, Damansara dan Balakong Cheras.

Pasaraya Milik Ebit Lew Cari 100 Pekerja, Netizen Mohon Buka Lebih Banyak Cawangan

Pohon doakan yer sahabatku semua. Doa semua sangat penting dalam usaha ini. Syukur 10 elewsMart dan DC kami sedang renovate. 

Saya pergi mana semua tanya kenapa tiba-tiba nak buka 10 cawangan Elewsmart? Hari-hari saya kerja buat Training. 3 restoran Paramount Coffee House. Butik Elews. Kenapa tiba-tiba mart. 

Saya sangat bahagia dapat membantu orang susah. Melihat senyuman mereka setelah tangisan. Saya fikir macam mana nak bantu mereka walau sedikit tapi berterusan. Saya teringin nak bantu semua tanpa mengira bangsa dan agama. Kita sebuah keluarga. Saya nak buat food bank. Dan teringin nak bantu jual dengan harga paling murah dan dapat bantu semua orang. Begitu juga peluang pekerjaan. 

Masa PKP. 3 lori besar beli makanan agihkan 3hari jer dah habis. Disitu saya fikir nak bantu lebih ramai orang.

Saya juga ada ambil tangungjawab untuk bayar sewa dan yuran anak sekolah ramai orang. Saya bahagia buat kerja ini.

Dari kecil saya bercita-cita nak jadi asbab kebaikan buat semua manusia. Nak Allah sayang. Nak reda Allah. Nak lihat senyuman lebih ramai orang. 

Dulu saya miskin susah. Alas tidur orang pernah bagi. Yuran pun begitu. Doakan ye semua. 

Pohon doakan ya ada 10 cawangan. Bandar Baru Bangi, Kajang, Cyberjaya, Sg Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana. Terima kasih semua.

– Ustaz Ebit Lew

Siapa berminat bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan, mereka boleh memohon dengan menghantar resume ke [email protected] untuk diteliti oleh pihak pengurusannya.

Posting berkenaan menerima pelbagai reaksi netizen yang kebanyakan memberi cadangan supaya beliau membuka cawangan di negeri lain pula.

Ini kerana rata-rata mereka turut berhasrat ingin membeli-belah di pasar raya tersebut selain membuka peluang pekerjaan bagi golongan menganggur.

JOM LIHAT APA KATA NETIZEN:

Pasaraya Milik Ebit Lew Cari 100 Pekerja, Netizen Mohon Buka Lebih Banyak Cawangan
Pasaraya Milik Ebit Lew Cari 100 Pekerja, Netizen Mohon Buka Lebih Banyak Cawangan
Pasaraya Milik Ebit Lew Cari 100 Pekerja, Netizen Mohon Buka Lebih Banyak Cawangan

Jadi, kepada anda semua di luar sana, khususnya para pembaca portal Budiey yang sedang mencari pekerjaan bolehlah datang ke sesi temuduga. Sekurangnya anda mencuba untuk mencari rezeki halal bagi sesuap nasi. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengacara MPOP! Nina Nadira Masih Fobia Keluar Rumah

RTM Lancar Saluran Berita Berdefini Tinggi HD 24 Jam Sehari