in

RTM Jazz Orkestra Gegar Jakarta International Jazz Festival

MJAZZ TRIO DAN RTM JAZZ ORKESTRA BAKAL MENGEGARKAN JAKARTA INTERNATIONAL JAZZ FESTIVAL PADA BULAN DISEMBER 2009

Orkestra RTM telah melalui satu tempoh yang panjang selepas penubuhannya pada tahun 1961 sebagai Orkes Radio Malaya dan menjadi satu jenama yang sinonim dengan stesen penyiaran RTM itu sendiri. Pemimpin pertama pada masa itu ialah Alfonso Soliano seorang pemain piano jazz terbilang dan ketua jabatan muzik ketika itu ialah Y.Bhg Tan Sri Ahmad Merican, juga seorang pemain gitar jazz. Kebanyakkan ahli-ahli muzik ketika itu, adalah mereka yang bermain di kelab-kelab malam dan tidak hairanlah mereka dipengaruhi oleh bentuk muzik jazz sejak awal lagi.

4119162017 F8D523244A O | 4

Kemunculan, pencipta lagu Jimmy Boyle yang juga seorang pemain piano jazz dengan lagu-lagu yang begitu kaya dengan harmoni lagu bercorak jazz menjadikan ciptaannya kekal menjadi evergreen seperti Jauh-Jauh, Cendering dan sebagainya. Malah Alfonso juga terus diingati dengan lagu Gadis Idaman, Airmata Berderai di antaranya. Y.Bhg Dato Johari Salleh pemain trumpet adalah antara  tokoh-tokoh besar yg dilahirkan oleh Orkestra RTM dan memperkembangkan lagi  muzik jazz  sekembalinya dari Berklee College of Music Amerika sebuah kolej jazz terkemuka dunia pada tahun 70an.

Kini semangat lagu-lagu jazz tersebut tidak pernah terhenti dan terus menjadi kesinambungan walaupun pengaruh muzik komersil juga menyerap di dalam orkestra itu sendiri. Malah Pengarah Muzik era sekarang Dato Mokhzani Ismail juga merupakan seorang pemain piano jazz yang mendapat latihan khusus dalam bidang penggubahan orkestra dari Berklee College of Music Boston.  Beliau sendiri mempunyai  album piano sulungnya di bawah MJAzz Trio – The Art of Jazz yang telah mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui kemunculan di Music on Demand Sistem Penerbangan Malaysia.

Penjenamaan semula Jazz Orkestra RTM dan  penerbitan album A Jazz Tribute to Malaysian Songs ternyata telah membuka lembaran baru di dalam arena muzik jazz tanahair apabila album tersebut juga diedarkan di seluruh dunia.

Kini MJAZZ TRIO dan RTM JAZZ ORKESTRA terus melebarkan sayapnya apabila  penganjur Jakarta International Jazz Festival telah menjemput kedua-dua kumpulan tersebut membuat persembahan di Istora Senayan Jakarta dari 3hb Disember sehingga 7hb Disember 2009. Mereka juga akan  menonjolkan penyanyi jazz berbakat Malaysia iaitu  Irene Soliano yang juga merupakan anak Mendiang Alfonso Soliano di festival bertaraf dunia tersebut.

Menurut Dato Mokhzani yang akan bertindak sebagai pemain piano merangkap pemimpin Mjazz Trio dan RTM Jazz Orkestra akan mempersembahkan lagu-lagu terbaru ciptaan beliau yang dipetik dari album mereka disamping lagu-lagu ciptaan Alfonso Soliano.

Kesempatan berada bersama kelompok jazz dari seluruh dunia diharapkan dapat memperkenalkan lagi lagu-kagu Jazz Malaysia baru dan lama disamping menambah lagi satu kejayaan manis buat Orkestra RTM itu sendiri dalam menyambut Jubli Emasnya tidak lama lagi.

4119161969 8628B5D4E1 O | 5

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trailer Filem Duhai Si Pari-Pari

Siapa Kekasih Baru Nurul?