in , ,

Sinopsis Telemovie SYURGA TANPA DOSA Lakonan Sharnaaz Ahmad di TV2

Gandingan mantap pelakon dan plot ceritanya yang menarik antara penyebab utama penonton tidak seharusnya terlepas menyaksikan telemovie diberi tajuk “Syurga Tanpa Dosa” pada 26 Julai ini, pukul 9.00 malam di TV2.

Lakonan bersahaja Sharnaaz Ahmad, Puteri Aisyah, dan Azrel Ismail sebagai penggerak utama telemovie ini mengangkat latar cerita bila mana seorang lelaki yang menceraikan isterinya dengan talak tiga. Konflik tercetus bila si isteri keliru memilih bekas suami atau meneruskan hubungan yang baru dibina dengan suami yang baru dikenalinya.

Dengan dibantu pelakon berpengalaman Fauziah Nawi, Dato’ Ziela Jalil, Zulkifli Ismail, Shaharudin Thamby dan Raja Norbaizura, drama kekeluargaan ini menceritakan tentang watak utamanya pemuda bernama Hisyam seorang yang terkenal dengan sikap panas barannya. Dia telah berkahwin dengan kekasihnya, Isya.

Namun tanpa diduga satu hari Hisyam telah bertindak diluar kawalan apabila bergaduh dengan isterinya itu. Akibat pertengkaran tersebut dan gagal mengawal kemarahannya, dia telah menceraikan Isya dengan talak tiga. 

Isya dan Aiman

Selepas perceraian tersebut, Hisyam menyesal kerana dia sememangnya masih sayangkan Isya. Begitu juga dengan Isya yang masih mencintai suaminya. Cuba ibarat kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. 

Hisyam buntu memikirkan cara untuk rujuk semula dengan bekas isterinya itu. Namun akhirnya dia terfikir satu jalan sahaja yang boleh menyatukan mereka semula iaitu Isya perlu berkahwin dengan lelaki lain dan selepas diceraikan baharulah dapat berkahwin semula dengan Hisyam. 

Untuk memenuhi hasrat mereka berkahwin semula, Hisyam telah memilih sahabat baiknya Aiman untuk dinikahkan dengan Isya dan berharap Aiman akan menceraikan Isya dalam waktu terdekat. 

Namun adakah Aiman memenuhi janjinya? Bagaimana pula dengan Isya? Adakah dia rela diceraikan untuk berkahwin semula dengan Aiman atau pun dia memilih untuk terus hidup bahagia dengan suami barunya itu? Ikuti kesudahannya di TV2. 

Sharnaaz Ahmad lakon watak Aiman

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Hisyam berbincang dengan ayahnya
babak dalam Syurga Tanpa Dosa
babak dalam drama ini
Aiman dan Isya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Formasi 1,824 Dron Buat Penonton Terpegun Ketika Majlis Pembukaan Sukan Olimpik 2020

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Drama Bersiri LOCKDOWN