in , , ,

RTM Akan Melancarkan Saluran Baru Untuk PdPR Sepanjang PKP

Antara idea bernas yang telah dilakukan sejak rungutan mula dilaporkan ibu bapa mengenai masalah untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) ialah JAKIM akan melancarkan saluran khas kelas KAFA di TVC Al Hijrah. Kini RTM juga dalam perancangan melancarkan saluran khas untuk PdPR untuk sekolah kebangsaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata RTM sudahpun bersedia untuk melancarkan saluran baru ini kerana pengalam yang luas mengendalikan TV Pendidikan sejak 1972 hingga 2008. Semasa PKP pertama awal tahun lalu, saluran TV Okey telah digunakan untuk PdPR selama empat jam sehari. Dengan saluran tambahan lebih banyak slot pembelajaran boleh ditayangkan tanpa pelajar menggunakan telefon pintar dan data Internet.

Kandungan saluran akan dihasilkan oleh Kementerian Pendidikan dengan ujian saluran telah berjaya dilakukan. Saluran ini akan diteruskan walaupun selepas tempoh PKP ditamatkan kelak. Sebagai insan yang membesar dengan menonton TV Pendidikan, keputusan menghentikan saluran percuma ini dahulu adalah antara langkah aneh yang dilakukan kerajaan.

Kembalinya TV Pendidikan ialah langkah bijak dan diharap dapat dikekalkan kerana akses mendapatkan pendidikan seharusnya percuma untuk semua.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Pengguna iPhone 6s, iPhone SE 2016 Mungkin Boleh Ucap Selamat Tinggal kepada iOS 15

Rowan Atkinson Dedah Tidak Suka Bawa Watak Mr. Bean