in , ,

Pengguna iPhone 6s, iPhone SE 2016 Mungkin Boleh Ucap Selamat Tinggal kepada iOS 15

Seperti biasa, Apple bakal hadir dengan kemas kini besar yang terbaru untuk sistem perantinya termasuklah iOS untuk peranti iPhone. Dijangkakan, kemas kini iOS 15 yang bakal hadir pada tahun ini tidak akan menyokong lagi beberapa peranti iPhone yang lama seperti iPhone 6s, iPhone 6s Plus dan iPhone SE (2016).

Menurut sumber, kemas kini iOS 15 tidak akan disokong lagi oleh beberapa peranti dengan cip Bionic A9 seperti iPhone 6s, iPhone 6s Plus dan iPhone SE (2016). Namun, sumber menjangka iPhone 7, iPhone 7 Plus dan peranti iPhone lain selepas siri iPhone 7 akan menyokong iOS 15.

Untuk kemas kini iPadOS 15 pula, ia mungkin tidak akan disokong lagi oleh peranti iPad mini 4 (2015), iPad Air 2 (2014) dan iPad 5 (2017) yang masing-masing dilengkapi cip Bionic A8, A8X dan A9.

Pengguna Iphone 6S, Iphone Se 2016 Mungkin Boleh Ucap Selamat Tinggal Kepada Ios 15

Sepintas lalu, iPhone 6s dan iPhone 6s Plus kini sudah berusia lebih dari lima tahun. Jadi, tidak mustahil jika ia sudah tidak menyokong kemas kini terbaru. Hal ini selari dengan laporan tentang sokongan kemas kini iOS pada iPhone yang menunjukkan Apple telah menyokong iPhone 6s, iPhone 6s Plus dan iPhone SE (2016) dengan enam kemas kini termasuk kemas kini iOS 9 yang sudah tersedia pada mulanya.

Adakah anda memiliki iPhone yang dijangkan tidak akan menyokong kemas kini iOS 15?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tony Fernandes Airasia-2020

AirAsia Foundation Anjur Kempen Sumbangan Buku Kepada Kanak-Kanak

Hiasan Trending Viral | 18

RTM Akan Melancarkan Saluran Baru Untuk PdPR Sepanjang PKP