in , ,

Rowan Atkinson Dedah Tidak Suka Bawa Watak Mr. Bean

Pelakon terkenal Rowan Atkinson berkongsi bahawa dia sebenarnya tidak gemar memainkan watak Mr. Bean yang berjaya menghiburkan ramai penonton.

Mr. Bean berjaya terkenal di serata dunia kerana telatahnya yang lucu di kaca TV. Disebalik kegembiraan yang ditunjukkan, Rowan Atkinson berkongsi bahawa watak ini membuatkannya tertekan dan penat. Hal ini kerana dia perlu banyak menggunakan visual dan bahasa tubuh.

Pelakon ini meluahkan bahawa dia tidak menyukai proses pembuatan siri ini. Tanggungjawab yang dipikul untuk projek ini memberatkan bahu pelbagai pihak. Mereka perlu memastikan siri ini kelakar dari sudut pandangan penonton.

Rowan Atkinson

Siapa sangka dia sebenarnya menantikan detik pengakhiran watak terkenal ini. Berikut adalah apa yang dikongsi di Radio Times:

It’s easier for me to perform the character vocally than visually. I don’t much enjoy playing him. The weight of responsibility is not pleasant. I find it stressful and exhausting and I look forward to the end of it.

Atkinson telah membawa watak ikonik ini selama 30 tahun. Terdapat 15 episod bermula pada tahun 1990 dan 1995. Atkinson kemudian kembali beraksi dalam dua filem iaitu Mr Bean’s Holiday (2007) dan Bean (1997). 

Filem animasi terbaru Mr. Bean dikatakan sedang dalam proses penggambaran dan bakal ditayangkan tidak lama lagi. Nantikan kemunculan Rowan Atkinson sebagai Mr.Bean!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RTM Akan Melancarkan Saluran Baru Untuk PdPR Sepanjang PKP

“Aku Minta Kau Call JAIS.. Bila Masa Aku Halau Kau?” – Fara Salleh