in , ,

Selain Handal Memasak, Sid Murshid Tampil Dengan Lagu Baharu I X KESAH

Setelah hampir setahun menyepikan diri dari bidang muzik, Sid Murshid kini kembali aktif dengan mempertaruhkan single dan video muzik terbaharunya bertajuk ‘i x Kesah’

Lebih dikenali sebagai pencipta kandungan atau ‘content creator’, nama Sid Murshid sering menjadi topik perbualan hangat oleh netizen di media sosial kerana video-video masakannya yang menggiurkan. 

Bukan itu sahaja, beliau juga pernah tular sekitar tahun 2017 kerana gemar mencipta lagu-lagu tentang makanan kegemarannya yang berjaya mencuit hati orang ramai, seperti ‘Pisang Goreng Power’ dan ‘Sedap Tak Nasi Lemak’. 

Selain Handal Memasak, Sid Murshid Tampil Dengan Lagu Baharu I X KESAH

Setelah hampir setahun menyepikan diri dari bidang muzik, Sid Murshid kini kembali aktif dengan mempertaruhkan single dan video muzik terbaharunya bertajuk ‘i x Kesah’ di sebuah sesi pelancaran yang berlangsung di Loud Speaker, Datum Jelatek Mall, semalam. 

Sid Murshid, yang juga merupakan penulis lagu ‘Hiasi Duniaku’ dendangan penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, berkata bahawa beliau berhasrat untuk menghadiahkan lagu ‘i x Kesah’ khas buat para pengikutnya di media sosial. 

Selain Handal Memasak, Sid Murshid Tampil Dengan Lagu Baharu I X KESAH

Gemar mengekspresikan perasaan dan minatnya terhadap sesuatu menerusi lagu, Sid Murshid turut berkata, “Bagi mereka yang sudah lama mengikuti saya pasti sudah tahu pada awalnya saya ialah seorang penyanyi. Namun, seiring peredaran masa melalui aplikasi TikTok dan Instagram, saya cuba sesuatu yang baharu dengan mempamerkan bakat masakan saya dan ternyata orang ramai suka pada kandungan sebegitu sehingga berjaya mendapat sambutan. Walaupun saya semakin dikenali kerana masakan, akan tetapi muzik dan nyanyian masih merupakan keutamaan saya. Saya berharap dengan lagu ‘i x Kesah’ ini dapat kembali menjenamakan Sid Murshid sebagai seorang penyanyi kepada orang ramai,” 

“Melalui lagu ‘i x Kesah’ yang bergenre pop ini, saya ingin menyampaikan sebuah mesej tentang betapa pentingnya setiap individu itu perlu menyayangi diri sendiri sebelum mengutamakan orang lain. Dengan itu, saya berharap lagu ini menjadi inspirasi kepada orang ramai yang kadang-kadang lupa untuk menghargai diri sendiri. Lagu ini merupakan buah tangan untuk mereka yang sentiasa bertanya mengenai lagu baharu saya, dan saya juga berharap ia akan mendapat sokongan dan tempat di hati para peminat seperti lagu-lagu sebelumnya iaitu ‘Lelah’, ‘Biarkan’, ‘Rakaman’, dan banyak lagi,”

Selain Handal Memasak, Sid Murshid Tampil Dengan Lagu Baharu I X KESAH

Lagu ‘i x Kesah’ merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Sid Murshid, manakala lirik lagunya pula adalah hasil nukilan Izi Faizal dan penyanyi ini sendiri. Berkisarkan perasaan serik menunggu cinta untuk dibalas, ‘i x Kesah’ menggambarkan suara hati seseorang yang akhirnya memilih untuk tidak mengambil peduli dan membazirkan tenaga dengan berhenti mengejar sebuah kisah percintaan yang belum tentunya akan berlaku. 

Sesi pelancaran lagu ‘i x Kesah’ ditaja oleh Loud Speaker sebagai penaja lokasi, dan juga turut dijayakan oleh ShopBack, Artelia serta Noritake sebagai penaja bersama.

Selain Handal Memasak, Sid Murshid Tampil Dengan Lagu Baharu I X KESAH

Sempena pelancaran lagu ini, ShopBack ingin menghadiahkan Cashback berjumlah RM10 kepada semua yang mendaftar akaun ShopBack, dengan menggunakan kod rujukan ‘IXKESAH’ untuk menebusnya. 

‘i x Kesah’ boleh didapati di semua pelantar digital, Spotify, Apple Music, Joox, YouTube Music dan sebagainya pada 22 September 2023. Tontoni video muzik lagu ‘i x Kesah’ di laman YouTube rasmi Sid Murshid iaitu https://www.youtube.com/@sidmurshid pada hari yang sama. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ROZITA CHE WAN

Rozita Che Wan Rasa Bingung, Luah Rasa Kecewa Akaun Instagram Digantung

Dato’ Sri Siti Nurhaliza Pilih Tarikh 20 September Lancar Album SITISM