in , ,

PU Riz ‘Belanja’ Lagu Hazama, Netizen Kagum & Puji Suara Merdu

Pendakwah bebas, PU Riz telah mencuri perhatian netizen apabila bertindak mendendangkan sebuah lagu popular nyanyian Hazama iaitu Relakan Jiwa.

PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Ismail telah berkongsi sedutan video nyanyiannya tersebut menerusi sebuah hantaran di laman media sosial Instagram miliknya untuk tatapan peminat serta pengikutnya.

Menerusi hantaran video berdurasi kurang daripada 20 saat tersebut, Haris dilihat sedang menyanyi dengan penuh mendayu di dalam kawasan tempat parkir kenderaan.

Lebih menghiburkan, Haris turut meminta tiga orang rakan selebriti iaitu Sufian Suhaimi, Fahimi Rahmat dan Firdaus Rahmat untuk menilai suara nyanyiannya.

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen mula mengusik suami kepada Neelofa itu untuk merakamkan album kerana suaranya yang agak merdu dan sedap didengar.

Sehingga kini, hantaran tersebut telah menerima hampir 130,000 tontonan daripada peminat serta pengikutnya di laman sosial tersebut.

Sekadar info, Haris dan Neelofa disatukan menjadi pasangan suami isteri dalam satu majlis perkahwinan dan resepsi di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada 27 Mac lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fizie | 14

Fizie Terpaksa Tutup Dua Syarikat, Alami Kerugian Besar Akibat PKP

Rosyam Nor Filem | 15

Rosyam Nor Pegang Watak Jahat dalam Filem G STROM, Berganding dengan Louis Koo