Rossa Menghiburkan 2,500 Pelanggan Hotlink dan Maxis di Life Centre

Rossa Menghiburkan 2,500 Pelanggan Hotlink dan Maxis dengan 
Konsert Bertemakan Cinta
Konsert eksklusif untuk pelanggan Hotlink dan Maxis
 

Kuala Lumpur, 27 Jun 2009 – Diva terunggul Indonesia, Rossa, telah menghiburkan seramai 2,500 pemintanya dengan lagu-lagu hit popular bertemakan cinta malam ini sebagai sebahagian daripada “Konsert Mini Cerita Cinta Rossa”, yang dipersembahkan dengan bangganya oleh Hotlink, jenama prabayar terkemuka Maxis Communications Berhad.

3666930635 2F76C4D4C0 O | 4

Vokalnya yang kuat dan persembahan bertenaga disokong padu oleh kumpulan pengiringnya, yang diterbangkan khas dari Jakarta, Indonesia untuk acara itu.

3666929261 50Ba004468 | 5

Opening act dari Sofaz

3667735600 0C3D8A73A9 | 6

Hos konsert pada malam itu ialah Anne dari Hot FM

3666930223 C269635F47 | 7

Rossa mempersembahkan 16 buah lagu hitnya sewaktu konsert satu setengah jam itu, termasuk lagu popular seperti Tegar, Pudar, Sakura, Aku Bukan Untukmu, Terlalu Cinta dan Ayat-ayat Cinta. Artis jemputan terkenal malam itu ialah Pasha, vokalis utama kumpulan Ungu, yang telah berduet dengan Rossa untuk dua lagu, dan kumpulan dari Malaysia, Sofaz yang melakukan persembahan pembukaan.   

3668476276 172C223A41 O | 8

Ketua Pegawai Pemasaran Maxis, Matthew Willsher, berkata, “Kami berbangga mempersembahkan dive top Indonesia, Rossa, secara langsung dalam konsert hari ini, eksklusif untuk para pelanggan Hotlink dan Maxis. Kami gembira kerana dapat memberi ganjaran kepada para pelanggan kami atas kesetiaan mereka melalui pengalaman hiburan mudah alih; dan hiburan terkini dan paling popular SECARA LANGSUNG. Sorakan peminat hari ini merupakan petanda positif bahawa pelanggan kami menikmati persembahan penyanyi yang bertenaga ini. Selain daripada itu, mereka juga boleh membawa pulang pengalaman Rossa ini pada telefon mereka melalui banyak muat turun mudah alih Rossa yang terdapat melalui Hotlink.”

Di konsert itu, seramai lebih 2,500 pelanggan bertuah Hotlink dan Maxis (termasuk pasangan) dari seluruh Malaysia telah memenangi tiket percuma menonton persembahan langsung oleh diva Indonesia itu. Bagi mendapatkan tiket percuma, mereka sama ada telah memuat turun nada dering pemanggil Rossa, menebus tiket dengan mata ganjaran Hotlink, atau membeli pek permulaan dengan tambahan nilai RM20. 

3666930767 D4Eb5814A4 O | 9

Sehubungan dengan konsert itu, Hotlink telah menganjurkan pelbagai aktiviti menarik untuk pelanggannya. Lebih 60 pelanggan Hotlink dan Maxis telah menghadiri sessi beramah mesra bersama Rossa di Kuala Lumpur pada 25 Jun, dan 1,000 pelanggan Hotlink dan Maxis telah membawa pulang poster berautograf oleh diva itu di satu sesi autograf di Berjaya Mega Mall, Kuantan, Pahang pada 26 Jun. Sementara itu, selepas konsert di Kuala Lumpur, 10 pelanggan Hotlink dan Maxis telah berpeluang berjumpa dengan bintang terkenal itu.

Peminat Rossa boleh terus menikmati kandungan terkini mudah alihnya di telefon mereka, termasuk nada dering pemanggil, True Tunes, Lagu Penuh, Video Muzik, dan Wallpaper. Ini semua boleh dimuat turun dari laman web Hotlink di www.hotlink.com.my

3666931143 A768826034 O | 10

Kemahsyuran Rossa bermula dengan album pertama beliau, Nada Nada Cinta, pada 1996. Tegar yang muncul pada tahun 2000, membuatkan Rossa dikenali ramai di kalangan muzik Indonesia. Beliau memenangi Anugerah MTV Indonesia 2000 untuk “Artis Wanita Pilihan “. Pada 2008, Rossa menyumbangkan dua lagu, Ayat-ayat Cinta dan Takdir Cinta, untuk album latar muzik filem Ayat-ayat Cinta. Kedua-dua single itu seterusnya membuatkan beliau memenangi Anugerah Muzik Indonesia (AMI) 2008 untuk “Artis Solo Pop Wanita Terbaik ” dan Anugerah SCTV 2008 untuk “Penyanyi Terkenal”. Beliau juga telah menerima anugerah daripada Anugerah Industri Muzik, Malaysia untuk “Lagu Melayu Terbaik Persembahan Artis Luar ” untuk lagu Terlalu Cinta. 

3667671117 C2C7E12906 | 11

3667672181 D7Dbe6229B | 12

Rossa mengeluarkan album bertajuk namanya sendiri pada 14 Januari 2009. Single pertamanya, Terlanjur Cinta, merupakan duet dengan Pasha, vokalis kumpulan popular Indonesia, Ungu. Pada 2 Mei 2009, Rossa telah menerima anugerah daripada Anugerah Industri Muzik, Malaysia sekali lagi untuk kategori “Lagu Melayu Terbaik Persembahan Artis Luar”. Kali ini, anugerah itu adalah untuk lagu mega hit Ayat-ayat Cinta.  

Hotlink sebelum ini telah mempersembahkan artis-artis terkemuka lain seperti Avril Lavigne, Gwen Stefani, sensasi pop Korea Rain, Sean Kingston, Pussycat Dolls, Fort Minor, dan kumpulan Black Eyed Peas. Ia juga telah membawa masuk artis-artis terkenal China seperti David Tao, Eason Chan, Jacky Cheung (Maxis), Leo Ku, Miriam Yeung, S.H.E, Jay Chou, Z Chen dan A Mei.

3666931305 A46D9Dcc1D O | 13

3667670261 284Ee11Eb8 O | 14

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amy Mastura dan Shamsul Ghau-Ghau Dalam Apa-Apa Aje Musim Baru

Gambar Sekitar Rakaman Xpresi Kembara Bersama Yuna di Perak