in ,

Gambar Sekitar Rakaman Xpresi Kembara Bersama Yuna di Perak

XPRESI KEMBARA YUNA DI PERAK

Kemunculan kumpulan muzik indie di Malaysia semakin mendapat tempat di persada industri seni tanahair. Satu demi satu nama band indie muncul mencuri tumpuan dalam memeriahkan lagi persada hiburan.

3669587629 30A7315C4E | 4

Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak ketinggalan untuk bekerjasama dengan band band indie tempatan dalam program terbaharu di TV1, Xpresi Kembara.

3669588359 D720028494 | 5

Xpresi Kembara bersama Yuna yang dirakamkan sekitar Perak baru baru ini sebanyak 3 episod telah menerokai tempat tempat menarik dan keindahan negeri Perak yang sememangnya terkenal dengan produk perlancongan semuladi.

3669589773 F3E915F485 | 6

Antara tempat menarik yang dirakamkan adalah sekitar Pulau Pangkor (siaran 2 Julai), Bukit Merah Laketown Resort & Taiping (siaran 9 Julai) dan Ipoh serta Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah, Sungkai (siaran 16 Julai).

“Kita menggabungkan elemen muzik band band indie ini dengan tempat tempat menarik di seluruh negara. Diharap program seperti ini dapat memajukan sektor pelancongan dalam negara di samping memberi ruang kepada peminat peminat muzik indie mengenali artis kegemaran mereka dengan lebih dekat lagi. Kita juga memasukkan elemen penglibatan artis dengan persekitaran, sebagai contoh Yuna menyertai aktiviti snorkling di Pulau Pangkor dan memberi sendiri makanan kepada badak air di Zoo Taiping serta bermesra dengan ular di Bukit Merah Laketown Resort, Ekspresi itu yang kita tonjolkan kepada penonton” jelas penerbit Xpresi Kembara, Mohd Zam Ali.

3670393200 Ff147D6F86 O | 7

3669602075 6E2Eda97C4 O | 8

Antara aktiviti aktiviti yang menarik sepanjang penggambaran Xpresi Kembara berlangsung di sekitar Pulau Pangkor ialah snorkling di Pulau Giam, berbasikal ke Pantai Teluk Nipah, melawat Kota Belanda, jeti penangkapan ikan moden dan kilang memproses makanan laut.

3670396250 A471D4E9Cc O | 9

Kepada peminat Yuna yang ingin melihat Yuna bermesra bersama haiwan seperti ular dan badak air serta binturong, semua ekspresi ini dapat dilihat dalam episod  Xpresi Kembara Bukit Merah Laketown Resort dan Taiping.

3670408796 357E61E7E4 | 10

Eeeeeeeee….

Dalam episod ini juga, ekspresi Yuna yang gayat ketika menaiki pemainan air yang ekstrem juga dipaparkan.

3670398912 F7A51E5C42 | 11

3670401136 Dcce240012 | 12

3670404172 Abbf03D5F7 | 13

Dalam episod terakhir Xpresi Kembara Yuna di Perak dipaparkan tempat tempat menarik yang boleh dikunjungi sekitar Ipoh, antaranya Gerbang Malam, Lost World Of Tambun dan pasar pagi ‘Memory Lane’. Yuna sempat juga singgah ke kedai pakaian Garage Flower milik ahli kumpulan Indie, Bittersweet yang terletak di Green Town Mall yang menjual pelbagai barangan Indie seperti T-shirt dan juga CD Indie tempatan. Dalam episod ini juga Yuna sempat singgah melawat datuk dan neneknya di kampung yang terletak di Batu Gajah.

Kepada peminat peminat Yuna, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan percutian Yuna yang dirakamkan dalam Xpresi Kembara, setiap khamis jam 11.30 pagi di TV1.

NAMA RANCANGAN XPRESI KEMBARA

TAYANGAN KHAMIS , 11.30 PAGI TV1

Penerbit Mohd Zam Ali

Pen.  Penerbit Mohd Amer Syafiq Khalip

MENGENAI RANCANGAN XPRESI KEMBARA      

Rancangan berbentuk travelogue yang membawa band band indie tempatan melawat tempat tempat menarik di seluruh negara 

Mula bersiaran pada April 2009 yang disiarkan setiap hari Khamis jam 2.30 petang di TV1, mulai 2 Julai siaran Xpresi Kembara akan bertukar pada pukul 11.30 pagi hari yang sama 

Antara episod Xpresi Kembara sebelum ini bersama kumpulan Bittersweet di Pulau Langkawi, Awanband di Pulau Pinang dan Johor, kumpulan Bunkface di Melaka, dan Otherside Of Orchestra di Taman Negara Pahang.   

Perancangan untuk episod akan datang ialah bersama kumpulan Sixth Sense (Bukit Tinggi dan Genting Highland), kumpulan Grey Sky Morning (Pulau Perhentian dan Kuala Terengganu) dan kumpulan Hujan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rossa Menghiburkan 2,500 Pelanggan Hotlink dan Maxis di Life Centre

TV3 Menghentikan Siaran 24 Jam Mulai 1 Julai