in , ,

Kelibat Jake Gyllenhaal dalam Trailer Rasmi SPIDER-MAN: FAR FROM HOME

Yeah! Hari ini, 15 Januari 2019, Sony Pictures telah menyiarkan trailer rasmi pertama untuk SPIDER-MAN: FAR FROM HOME.

Dalam trailer ini kita dapat lihat Jake Gyllenhaal memegang watak sebagai Mysterio aka Quentin Beck. Di pihak manakah Mysterio akan berada nanti? Adakah Mysterio berpihak kepada Spider-man atau pihak jahat?

Sebentar tadi, pelakon utama filem ini, Tom Holland telah mewar-warkan tentang trailer ini yang akan disiarkan pada 5.45 pagi (Pacific Time, 8:45 am Eastern Time) dalam satu sesi Instagram Live.

Trailer Rasmi SPIDER-MAN: FAR FROM HOME

Paling menarik tentang trailer ini adalah pemilihan lagu kumpulan The Ramones sebagai lagu latar serta adegan hebat yang akan ada dalam filem ini. Nick Fury juga turut membuat kemunculan dalam trailer ini dan apakah peranan Nick Fury dalam filem sekuel ini nanti? Trailer ini juga turut memperlihatkan villains yang akan muncul dalam Far From Home.

Turut membintangi filem ini ialah Zendaya sebagai MJ, Michael Keaton sebagai Adrian Toomes aka Vulture, Samuel L. Jackson sebagai Nick Fury, Marisa Tomei sebagai Aunt May dan ramai lagi.

Enjoy trailer ini dahulu. Spider-Man: Far From Home akan berada di pawagam 5 Julai 2019.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kugiran Masdo

Rosakkan Lagu Siti Nurhaliza, Masdo Teruk Dihentam Netizen

Fattah Amin0

Fattah Amin Penghias Muka Depan MASKULIN Jan-Mac 2019