in

Gambar Zulkifli Bujang Bertunang & Akan Kahwin 31 Ogos Ini

Hari ini pastinya adalah hari yang penuh kejutan buat pendengar stesen Radio Bernama 24 di mana peneraju stesen radio ini, Zulkifli Bujang telah mengumumkan satu berita yang menggembirakan pada jam 4 petang tadi.

Berita ini bukanlah berita tentang pemberian bonus atau kenaikan gaji ke apa tapi sebaliknya, berita ini berkait rapat tentang diri personaliti yang juga pengacara Selamat Pagi Malaysia di TV1 yang kini, rupa-rupanya telah bertunang dan akan berkahwin dengan pasangannya pada 31 Ogos 2012 bersamaan dengan 13 Syawal.

Tahniah Budiey ucapkan. Semoga majlis pernikahan ini nanti berjalan dengan lancar.

Kepada pembaca yang tak kenal beliau, pernah seketika dulu, nama beliau dikaitkan bercinta dengan anak VIP dan sekarang pula hangat dikaitkan dengan rakan penyampai di Radio. Jadi, beliau harap berita ini dapat meredakan segala gossip dan khabar angin itu.

Pada jam 4 petang tadi, Zulkifli Bujang telah buat pengumuman secara rasmi di stesen radio Bernama 24 di mana beliau akan menamatkan zaman bujang. Perkara ini sememangnya dirahsiakan dari pengetahuan semua termasuklah rakan penyampai stesen radio itu.

Dalam diam-diam, Zulkifli Bujang berjaya menyorok berita ini daripada rakan sekerjanya dan pendengar radio itu. Menurut beliau, dari dulu lagi, pendengar banyak kenen-kenenkan beliau dengan rakan sekerja yang lain. Jadi, pasti berita ini memeranjatkan para pendengar.

Semasa bersiaran petang tadi, dengarnya ada beberapa orang Menteri sudi buat panggilan ke konti radio itu untuk buat ucapan sempena dengan pengumuman ini.

Untuk pengetahuan pembaca, pengacara Selamat Pagi Malaysia ini telah pun selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan pasangannya, Shuhaida Abd Wahab yang berusia 25 tahun, berkelulusan Ijazah di Universiti Islam Antarabangsa, berasal dari Johor dan bekerja di firma Rekaan Dalaman.

Rasa cinta mereka berputik semasa Shuhaida menjalani sesi praktikal di Bernama TV di mana pada waktu itu, Zulkifli Bujang bertugas sebagai pembaca berita.

Zulkifli Bujang juga turut mengumumkan majlis resepsi belah perempuan akan berlangsung pada 1 September (14 Syawal) di Taman Perling, Johor Bahru. Manakala resepsi belah lelaki pula akan diadakan pada 2 September 2012 (15 Syawal) di Kluang, Johor.

Budiey ingin ucapkan semoga jodoh kalian berkekalan dan bahagia hingga selamanya ya.

Gambar Zulkifli Bujang dan tunangnya di majlis pertunangan.

Gambar Zulkifli Bujang Bertunang

Gambar Zulkifli Bujang Bertunang

Gambar Zulkifli Bujang Bertunang

Gambar Zulkifli Bujang Bertunang

Gambar Zulkifli Bujang Bertunang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rizal Ayub Tiada Masalah Dengan Tunang

Komen Umie Aida Di Twitter Abby Cetek Pemikiran