in , ,

RIUH x Selangkah Perkenalkan CHRISTMAS TROPICOLA

RIUH menampilkan 75 jenama artisan dan makanan tempatan dalam sambutan hangat kembalinya aktiviti dan hiburan secara langsung

RIUH bersama rakan penganjur bersama, e-dompet rasmi, Selangkah, mengalu-alukan kemunculan semula aktiviti hiburan dan acara secara langsung hujung minggu Christmas Tropicola di perkarangan Sentul Depot pada 4 dan 5 Disember 2021 ini. 

Dalam meneruskan usaha menyokong sektor kreatif dalam norma baharu dengan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang diperketatkan, hanya kehadiran pengunjung berdaftar sahaja yang dibenarkan ke RIUH kali ini. Acara platform kreatif yang paling dinanti-nantikan yang bakal berlangsung pada hari Sabtu dari jam 2 petang hingga 12 tengah malam pada hari Sabtu dan 12 tengahari hingga 10 malam pada hari Ahad. Pendaftaran boleh dibuat melalui https://bit.ly/riuhxmas21 – pastikan anda mengambil perhatian tentang panduan acara dan bersedia untuk kunjungan yang selamat! 

Riuh X Selangkah Perkenalkan Christmas Tropicola

Pembayaran tanpa sentuh (contactless) dan tanpa tunai (cashless) juga akan diperkenalkan oleh Selangkah Wallet, e-dompet yang selamat dikuasakan oleh Kiplepay Sdn Bhd dan direka untuk menyediakan platform pembayaran yang lancar dan mudah digunakan oleh pengguna. Selangkah ialah aplikasi komprehensif yang memelopori pengesanan kontak di Malaysia dan telah berkembang secara konsisten sejak bermulanya pandemik COVID-19. 

Pengunjung boleh menyokong industri kreatif tempatan kita dengan pembelian aksesori dan pakaian tempatan yang terbaik daripada jenama seperti Nobat’, Sangon & Co, Kualesa, Machino dan Whimsigirl. Anda juga boleh membeli-belah rangkaian jenama kecantikan dan kesihatan, makanan ringan dan produk kanak-kanak, haiwan peliharaan dan rumah dengan Analogue Apotik, Sukka Perfumes, The Gift Fairies, Re{me}dy and BeauTyra, Arecurate, Cocova, Naren Home, Mossybola Kokedama dan RugMeBuddy

Riuh X Selangkah Perkenalkan Christmas Tropicola

Nikmati seni pemberian hadiah melalui pembelian potret peribadi & kaligrafi menarik oleh Oh Beatrice atau pelajari kraf baharu di bengkel menebuk jarum oleh Herohand Co. Anda juga boleh mendaftar untuk menimba ilmu di sesi RIUH Talks yang akan membincangkan peralihan dalam kehidupan melalui ‘New, New Normal’. Sesi panel tersebut bakal menampilkan empat tetamu jemputan daripada industri perniagaan kreatif termasuk Nikola Hassan, pakar penjenamaan yang akan berkongsi pengalaman sepanjang pandemik termasuk jatuh bangun dalam perniagaan, persekitaran pekerjaan yang baik dan menyesuaikan diri dengan endemik. 

Berseronok si suasana Krismas tropikal sambil bergambar bersama pameran pokok-pokok Krismas yang disusun khas oleh rakan kongsi kami, dengan kerjasama kolektif kreatif yang lain. 

Anda juga boleh mengambil bahagian dalam aktiviti Cult Creative x The Green Factory’s ‘Wooden Wishing Tree’, makchic x Seni Lab’s ‘Toy Library Tree’ dan PichaEats’ ‘Moments Tree’

Riuh X Selangkah Perkenalkan Christmas Tropicola

Berteraskan semangat utama RIUH, aktiviti mesra keluarga dan permainan juga disediakan bagi memastikan anak-anak kecil juga dapat terlibat sepanjang hujung minggu tersebut. Kawasan Kanak-kanak tersedia dengan set mainan kayu terbuka oleh Modle Play dan kit permainan deria oleh Kechik, serta Bauble Decorating dan Shrink Plastic Ornaments oleh Artsy Craftsy. Kanak- kanak juga boleh bermesra dengan Santa Tropika dan mengambil peluang bergambar. 

15 peniaga makanan dan minuman yang memikat akan memenuhi citarasa anda dengan hidangan barat, fusion dan vegan yang lazat serta pencuci mulut dan minuman daripada Halo Doughnuts, Phil’s Pizza, PichaEats, Sala KL, Brotani dan banyak lagi. Selain itu, tetamu juga boleh mencuba jamuan yang ditawarkan oleh medan selera bergaya, Tiffin at the Yard. 

Jemput rakan dan keluarga anda sekali untuk bergembira dengan keseronokan persembahan muzik dan tarian secara langsung oleh Russell Curtis, Langkasuka, 2Twenty2studio dan Amethyst String Quartet yang akan kembali beraksi di pentas RIUH. 

Ketua RIUH, Marissa Wambeck menyatakan bahawa “2022 dilihat bakal menjadi tahun yang meyakinkan untuk RIUH dengan rancangan untuk berkembang dan menjadi lebih menarik sebagaimana matlamat asal penubuhan RIUH. Kami berharap dapat membantu lebih ramai penggiat kreatif di seluruh negara dan memberikan usahawan, bakat-bakat dan komuniti kreatif sokongan yang sangat diperlukan selepas melalui masa-masa yang sukar ini.” 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyCreative, Junady Nawawi turut menambah, “Dengan perhatian beralih kepada proses pemulihan dengan pembukaan sektor kreatif, kami menyedari banyak cabaran dalam industri kreatif untuk kembali normal. Ketika ini, RIUH memainkan peranan penting dalam menyatukan komuniti kreatif dan membuat peralihan dengan lancar dan selamat dengan menyediakan sokongan melalui platform fizikal dan aktiviti serta menggalakkan pembelajaran dan perkongsian pengetahuan terutamanya dalam norma baharu.” 

RIUH merupakan platform kreatif bertujuan untuk membangunkan ekosistem kreatif dengan menghubungkan jenama tempatan, usahawan kreatif, pencipta dan artis kepada komuniti. 

Ikuti perkembangan RIUH melalui www.riuh.com.my atau layari laman Instagram & Facebook @riuhinthecity 

Mengenai RIUH 

RIUH ialah platform kreatif yang menganjurkan aktiviti jenama tempatan, citarasa tempatan dan antarabangsa untuk dinikmati, bengkel kreatif, pameran, persembahan langsung, di bawah satu bumbung. Ia telah memperjuangkan hasil usahawan kreatif dan artis Malaysia sejak Ogos 2017, menjadikan RIUH sebagai aktiviti tahunan dalam kalendar acara Malaysia. Ikuti perjalanan RIUH melalui www.riuh.com.my dan ikuti RIUH di Instagram dan Facebook @riuhinthecity 

Mengenai MyCreative Ventures 

MyCreative Ventures Sdn Bhd (“MyCreative”) adalah sebuah badan kerajaan yang ditubuhkan untuk memajukan industri kreatif Malaysia melalui pelaburan srategik dan inovatif. MyCreative telah diperbadankan pada 2012 dan merupakan sebuah subsidiari milik penuh Kementerian Kewangan (Diperbadankan), melapor kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dengan misi untuk memperhebatkan daya tarikan industri kreatif Malaysia yang boleh diukur melalui pewujudan peluang pekerjaan, meningkatkan sumbangan pendapatan daripada industri kreatif kepada Pendapatan Dalam Negara Kasar (KDNK) ; dan melonjakkan status industri kreatif Malaysia melalui kesedaran awam dan kesan sosial. Kumpulan MyCreative terus menyokong industri kreatif melalui pengenalan unit-unit dibawahnya iaitu CENDANA dan RIUH pada 2017. Layari www.mycreative.com.my untuk maklumat lanjut. 

Mengenai SELANGKAH 

Disediakan kepada orang ramai sebagai platform pengesanan kontak pertama Malaysia, Selangkah adalah usaha negeri Selangor dalam menghadapi wabak Covid-19. Ketika ekonomi terhenti, Selangkah menyediakan penyelesaian menyeluruh melalui pelbagai ciri utama kesihatan dan komersial Aplikasi Selangkahnya. Sejak dilancarkan semula pada Februari 2021, aplikasi mudah alih itu telah memelopori pelbagai penyelesaian digital untuk pengesanan, ujian, pemantauan kuarantin di rumah dan vaksinasi industri berskala besar di negara ini, yang memanfaatkan 1.3 juta pengguna. Penambahan terbaru ialah Selangkah Wallet, dikuasakan oleh Kiple, menyediakan pengguna dengan platform pembayaran yang selamat dan lancar untuk keperluan harian mereka. Layari https://app.selangkah.my/web/ untuk maklumat lebih lanjut. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Matrix Resurrections

Promo TV Spot Terbaru THE MATRIX RESURRECTIONS Didedahkan

Exists | 20

Sebab Peminat Wajib Beli Album EXISTS REUNION ‘LIVE’ ALBUM