in , ,

Sebab Peminat Wajib Beli Album EXISTS REUNION ‘LIVE’ ALBUM

Album Konsert Exists Reunion Live ini menghadirkan 22 buah lagu untuk dinyanyikan bersama kembali dan dipakejkan cantik dalam 2 CD.

Proses membelek- belek ‘inlay’ sebuah album tak kira dari zaman kaset ke CD dan kemudian kembali ke vinyl merupakan sebuah momen yang berisi nilai sentimental buat seseorang. Meneliti nama ke nama, lirik ke lirik merupakan kenangan yang dimiliki oleh generasi terdahulu dalam apresiasi terhadap karya seseorang atau sesebuah kumpulan. 

SHIRAZ MUSIC mengembalikan momen itu buat khalayak terutamanya kepada peminat setia kumpulan legenda EXISTS REUNION yang kini muncul dengan album Konsert Exists Reunion Live. Malah ini merupakan album pertama yang dilancarkan oleh SHIRAZ MUSIC kerana istimewanya konsert yang telah mencatatkan sejarah tersendiri pada tahun 2019 tersebut. 

EXISTS REUNION 'LIVE' ALBUM

Album ini juga bersifat tersendiri dan istimewa kerana ini merupakan album live pertama kumpulan Exists Reunion. Khalayak dan khususnya peminat grup tersebut pasti ingat dengan momen dan persembahan mantap yang diberikan mereka sewaktu Konsert Reunion di Stadium Malawati Shah Alam pada 28 September 2019 Untaian lagu-lagu hits Exists Reunion berkumandang dan dinyanyikan ribuan para peminat yang hadir. Menjadikan ia satu sejarah istimewa yang tersimpan dalam lipatan penubuhan kumpulan yang dianggotai oleh Mamat, Ezad, Ajai, Along, Musa, Ajai dan Ujang ini. 

Lalu sebagai sebuah cenderahati istimewa, album Konsert Exists Reunion Live ini menghadirkan 22 buah lagu untuk dinyanyikan bersama kembali dan dipakejkan cantik dalam 2 CD. Album dengan pakej edisi terhad ini juga menyediakan bingkisan lirik-lirik serta poster cantik sebagai menambahkan lagi bunga-bunga kenangan terhadap konsert yang berjaya tersebut. Malah SHIRAZ MUSIC turut percaya bahawa dengan adanya album ini akan mengembalikan lagi kenangan dan momen peminat memiliki sebuah album untuk disimpan sebagai koleksi peribadi atau ‘collectors item’. 

Sebab Peminat Wajib Beli Album EXISTS REUNION 'LIVE' ALBUM

Shiraz Music juga akan menjadi platform untuk artis-artis lain untuk menjual CD, tshirt dan barangan edisi terhad dimana peminat boleh mendapatkannya melalui laman web www.shirazmusic.co. Di antara barangan artis yang boleh dibeli sekarang adalah dari Kembara, M Nasir, Dayang Nurfaizah dan ramai lagi. Pihak Shiraz Music akan megeluarkan barangan artis baru dari masa ke semasa. 

“Shiraz Music ingin menjadi sebuah platform untuk artis-artis Malaysia dimana mereka dapat menjual produk seperti CD, pakaian dan juga barangan edisi tehad ” ujar Shiraz yang merupakan Ketua Pengarah Ekskutif Shiraz Music. 

Sebab Peminat Wajib Beli Album EXISTS REUNION 'LIVE' ALBUM

SHIRAZ MUSIC x EXISTS REUNION KONSERT EXISTS REUNION “LIVE” ALBUM 

Tarikh
Masa Laman Web: Harga CD: Instagram Facebook 

: 25 November 2021
: 2pm
: www.shirazmusic.co
: RM89 (Malaysia), RM139 (Luar Malaysia) : shirazmusic.co
: Shiraz Music 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

RIUH x Selangkah Perkenalkan CHRISTMAS TROPICOLA

Konsert Slam Mentari Muncul Lagi Pada 12 Februari 2022 di Dewan Plenari, KLCC