in , ,

Promo TV Spot Terbaru THE MATRIX RESURRECTIONS Didedahkan

Sebuah filem aksi berjudul THE MATRIX: RESURRECTIONS bakal ditayangkan secara serentak di pawagam dan HBO Max pada 22 Disember 2021. 

Menjelang pelancaran filem THE MATRIX RESURRECTIONS di pawagam dan HBO Max pada 22 Disember ini, satu video promo antarabangsa telah didedahkan kepada seluruh peminat, yang memberikan beberapa rakaman terbaru dari filem terbaru francais The Matrix itu.

Sementara itu, dua bintang utamanya, Keanu Reeves dan Carrie-Anne Moss telah menghiasi muka hadapan keluaran terkini majalah Entertainment Weekly. 

Beberapa gambar terbaru turut dedahkan secara eksklusif oleh EW. 

Promo TV Spot Terbaru THE MATRIX RESURRECTIONS Didedahkan
Promo TV Spot Terbaru THE MATRIX RESURRECTIONS Didedahkan
Promo TV Spot Terbaru THE MATRIX RESURRECTIONS Didedahkan
Promo TV Spot Terbaru THE MATRIX RESURRECTIONS Didedahkan

Bintang francais, Keanu Reeves dan Carrie-Anne Moss kembali menerajui dalam sekuel kali ini, meneruskan peranan ikonik mereka sebagai Neo dan Trinity. 

Selain mereka, turut membintangi filem ini, Yahya Abdul-Mateen II, Priyanka Chopra Jonas, Jonathan Groff, Neil Patrick Harris, Jessica Henwick, Christina Ricci, Telma Hopkins, Eréndira Ibarra, Toby Onwumere, Max Riemelt, Brian J. Smith, Daniel Bernhardt sebagai Ejen Johnson, Lambert Wilson sebagai The Merovingian, dan Jada Pinkett Smith sebagai Niobe.

Lana Wachowski mengarahkan filem ini, dengan lakon layar yang ditulis olehnya bersama David Mitchell & Aleksander Hemon. Wachowski turut menjadi penerbit bersama Grant Hill dan James McTeigue.

The Matrix: Resurrections akan ditayangkan secara serentak di pawagam dan HBO Max pada 22 Disember 2021. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Beliau Adalah Insan Pertama Melamar,” – Datuk Nora Ariffin Selamat Bernikah

TRAVEL

RIUH x Selangkah Perkenalkan CHRISTMAS TROPICOLA