in , ,

Riuh Habis Bila Azwan Ali & Sharifah Shahirah Jadi Tetamu Warung Sepahtu

Rancangan komedi yang menggantikan sementara Sepahtu Reunion berjudul Warung Sepahtu ini nampaknya memiliki pengikut dan peminatnya yang tersendiri. Ditayangkan setiap Khamis jam 9 malam di Astro Warna, rancangan ini cukup santai dengan saban minggu dijemput dua tetamu bagi memeriahkan lagi suasana.

Berkonsepkan rancangan bual bicara dan dengan jenaka selamba, minggu ini nampaknya Azwan Ali dan Sharifah Shahirah menjadi tetamu jemputan mereka. Umum sedia tahu kedua-dua selebriti ini agak senior dalam industri hiburan Malaysia. Malah telatah mereka yang sejenis riuh mampu membuatkan ramai terhibur menyaksikannya.

Apatah lagi Azwan Ali dengan mulutnya yang ‘pedas’ dan Sharifah Shahirah pula sejenis selamba sahaja telatahnya, memang bikin riuh habis dengan kehadiran mereka ini! Berikut adalah teaser episod minggu ini Warung Sepahtu dengan kehadiran dua selebriti tersebut:

Baru sedikit petikan dari episod minggu ini dikongsikan, nampak sudah riuh. Apa-apa pun video ini telah meraih lebih 17 ribu tontonan dan 3,100 likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman pendek ini di ruangan komen seperti berikut:

Riuh Habis Bila Azwan Ali & Sharifah Shahirah Jadi Tetamu Warung Sepahtu

Agak-agaknya episod minggu hadapan siapa pula yang akan menjadi tetamu jemputan bagi rancangan Warung Sepahtu ini? Pastinya setiap minggu memang kecoh dan havoc!

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Janna Nick Mohon Maaf Isu ‘Lisa Blackpig’, Netizen Ugut Bunuh Bakal Diheret Ke Mahkamah

Rangka Manusia Tertua Berusia 11,000 Tahun, ‘Perak Man’ Kini Miliki Wajah