in , ,

Rita Rudaini Digugurkan Oleh Produksi Untuk Drama 100 Episod, Ini Komen Rita

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila Rita Rudaini mendedahkan ada rakan industri cuba memfitnahnya mengatakan dia sedang menjalani penggambaran sedangkan belum mengambil vaksin.

Tidak melatah dengan fitnah itu, Rita berkata percaya bahawa rezeki di tangan Allah dan tidak kisah meskipun digugurkan dari senarai melakonkan drama 100 episod.

Susulan itu, Rita mengakui digugurkan oleh salah satu produksi sekaligus menjawab persoalan ramai mengenai kesahihan berkenaan berita digugurkan dari drama 100 episod.

Menurut Rita, dia mengakui digugurkan oleh salah satu produksi yang kuat mempromosikan vaksin di media sosial. Bagaimanapun, dia tidak kisah kerana Allah ada bersamanya.

Rita Rudaini Digugurkan Oleh Produksi Untuk Drama 100 Episod, Ini Komen Rita

“Ye memang saya digugurkan untuk 100 episod oleh satu production yang kuat promote vaksin 24/7 di media sosial kerana saya belum vaksin…takpe, bila saya mudahkan kerja mereka, moga Allah mudahkan kerja saya,”

– Rita Rudaini

Terdahulu, Rita berkata dia tidak kisah jika tidak mendapat job atau namanya digugurkan daripada mana-mana produksi disebabkan tidak mahu menerima vaksin kerana dia percaya dengan rezeki Tuhan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Perempuan Yang Curang, Lelaki Pula Buat Video Minta Maaf?

iQiyi Set To Thrill Audiences With New K-Suspense Series “Jirisan”