in , ,

Perempuan Yang Curang, Lelaki Pula Buat Video Minta Maaf?

Apa Dah Jadi Ni, Perempuan Yang Curang, Lelaki Pula Buat Video Minta Maaf, Lelaki Itu Siap Tampil Minta Bantuan Caprice!

Baru-baru ini, ada eorang lelaki yang telah menangkap kekasih hatinya berlaku curang terhadap dirinya telah tampil memohon maaf kerana mengaibkan pasangan tersebut.

Menerusi perkongsian oleh penyanyi Caprice di laman sosial Instagram miliknya hari ini, seorang lelaki telah memohon maaf dan meminta orang ramai agar segera memadam video yang telah tular semalam.

Perempuan Yang Curang, Lelaki Pula Buat Video Minta Maaf?

“Assalamualaikum, saya pemuda yang telah ‘viral’ kan kes curang Myvi biru tersebut, saya ingin memohon maaf pada semua pihak.

“Kami telah menyelesaikan dengan cara yang lebih baik, saya harap orang ramai berhenti mengecam pasangan tersebut dan segera memadam video itu,” katanya di dalam video itu.

Susulan daripada perkongsian video maaf itu, orang ramai berasa simpati dengan lelaki itu kerana berani tampil memohon maaf walaupun dirinya telah disakiti.

“Kenapa lelaki ini yang minta maaf, sedangkan pasangan dia yang buat hal,” kata Syuad Salleh.

“Steady Bro, walaupun bukan salah awak tapi tetap tampil minta maaf,” jelas Firdaus Sayadi.

“Dia tengah sedih, tapi tetap minta maaf sebab fikir malu orang lain,” ujar Ahmad Shafiq.

Terdahulu tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang lelaki telah menangkap wanita dipercayai kekasihnya yang keluar bersama lelaki lain.

VIDEO DARI IG CAPRICE

Salam guys, our brother yang kes gf dia curang whatsapped caprice pagi tadi dan minta tolong semua page2 yang post video tersebut tanpa cover plate number dan muka perempuan tu tolong delete. Dia minta caprice tolong upload video ni supaya korang tag page2 yang post video tanpa cover muka dan plate number. Thank you guys

Kebetulan, dia pernah jumpe Caprice dekat Penang at one of my talks. Stay strong bro, more fishes in the sea – Caprice

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zahid Hamidi | 23

Kontroversi Kuota VIP Solat Jumaat, Netizan Lancar Satu Kempen

Rita Rudaini | 24

Rita Rudaini Digugurkan Oleh Produksi Untuk Drama 100 Episod, Ini Komen Rita