in

Pesona Nona Musim Ketiga Di TV3 Tajaan Safi dan Rafflesia

Ujibakat pencarian gadis berbakat di dalam bidang pengacaraan untuk menyertai Pesona Nona Musim Ketiga telah pun dijalankan sepanjang bulan November yang lalu. Setelah saringan diadakan, 10 peserta yang menepati kritera-kriteria yang digariskan berjaya terpilih untuk mara ke peringkat seterusnya. Segmen realiti yang disiarkan melalui program Nona ini akan mula disiarkan di TV3 mulai 4 Januari 2008, jam 2.00 petang.

Sehubungan itu, majlis sidang akhbar akan diadakan untuk memperkenalkan 10 gadis anggun Pesona Nona ini dan memberi peluang kepada pihak media untuk mengenali mereka dan mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pencarian gadis Pesona Nona.

Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan persembahan-persembahan istimewa serta menyaksikan penyerahan cek dari penaja utama segmen Pesona Nona, UNZA (SAFI) dan penaja hadiah seperti Rafflesia, Jakel & Langkawi Crystal kepada pihak TV3.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Daphne Iking Dalam The Breakfast Show di NTV7

Rita Rudaini dan Aidil Zafuan Sah Nikah di Thailand