in

AG TERSINGKIR DARI GELANGGANG MY STARZ LG

GILIRAN AG TERSINGKIR DARI GELANGGANG MY STARZ LG

Minggu ke- 5 Konsert My Starz LG telahpun menyaksikan penyingkiran peserta ketiga dari Kumpulan A iaitu Awang Sri Iskandar Bahrin yang lebih dikenali sebagai AG. Kesedihan menyelubungi anggota kumpulan A yang diwakili oleh Nashrin, Wana, AG, Feroq dan Cassie apabila terpaksa berpisah dengan seorang lagi rakan seperjuangan mereka yang mengikut jejak Elaine (Kumpulan A) dan Jassica (Kumpulan B) yang terkeluar pada minggu ketiga dan keempat.

Ketika diumumkan berada di kedudukan paling bawah, AG seakan sudah mengagak dirinya akan tersingkir kerana merasakan persembahannya menyanyikan lagu ‘Mimpi Laila’ minggu lalu kurang memberangsangkan. Kegagalan melayakkan diri ke peringkat akhir tidak mematahkan semangat anak kelahiran Sabah yang baru berusia 21 tahun ini  untuk meneruskan minatnya di dalam bidang muzik. AG berazam ingin terus menyertai mana-mana program realiti yang dianjurkan untuk terus menimba ilmu dan menambahkan pengalaman.

Setelah penyingkiran diumumkan di awal konsert ke-5 minggu lalu, kumpulan B meneruskan persembahan dengan membawakan tema ’Lagenda’. Kumpulan B yang dianggotai oleh Azri, Mimie, Hairi, Fiona dan Gzell menyanyikan lagu-lagu yang dipopularkan oleh bintang-bintang lagenda seperti Saloma, Frank Sinatra, Amy Search, Andy Williams dan Lefthanded.

Persembahan mereka diadili oleh pengkritik yang sudah arif dengan dunia hiburan iaitu juri tetap My Starz LG, Hattan, Liza Hanim dan juri undangan, komposer terkenal Azmeer. Malam ini lebih rancak lagi dengan persembahan istimewa dari artis bersuara lunak, Dayang Nurfaizah menyampaikan lagu
‘Saat Yang Bahagia’.

“Konsert mingguan melayakkan seorang peserta dipilih oleh para juri sebagai ‘My Starz’ berdasarkan persembahan terbaik keseluruhan yang disampaikan oleh mereka pada malam konsert tersebut. Jika minggu sebelumnya Azri dari Kumpulan B dan Nashrin dari Kumpulan A berjaya memenangi hadiah istimewa dari LG berdasarkan persembahan yang memikat hati yang ditonjolkan. Minggu lalu, merupakan peluang Mimie pula membawa pulang hadiah berupa mikrogelombang LG setelah berjaya menyampaikan lagu Sway dengan begitu baik,” kata penerbit My Starz LG, Tengku Sahilawati Tengku Jehori.

Konsert Kumpulan B dimulai dengan persembahan dari Kumpulan A yang menyanyikan lagu Lagenda diikuti dengan persembahan dari Gzell (Julylen Liew) menyanyikan lagu Darah Muda (Saloma). Ternyata penyampaian Gzell tidak mendapat pujian yang memberangsangkan kerana ketiga-tiga juri bersependapat nyanyiannya tidak semanis penyanyi asal, tiada karakter dan terlalu bersahaja. Manakala Mimi (Norshamimi Ahmad Haris) menyampaikan lagu Sway, juri-juri memberikan pujian terhadap kemantapan vokalnya namun beliau perlu lebih fokus untuk menyesuaikan dan mengimbangi lagu dan pergerakan badan.

Seterusnya, Hairi (Mohd Hairi Kenneith) menerajui pentas dengan membawakan lagu Kerja Gila (Amy Search) namun persembahannya dikatakan ‘over’ oleh Hattan, Azmeer berpendapat persembahannya gagal kerana nyanyiannya tidak selari dengan gaya dan penampilannya yang mantap. Berbeza dengan Liza Hanim, beliau merasakan persembahan Hairi bagus dari persembahan sebelum ini namun dia harus meningkatkan prestasi. Persembahan berikutnya oleh Fiona (Fiona Anak John Nolly) menyanyikan lagu Can’t Take My Eyes Of You (Andy Williams) dikritik oleh Hattan dan Liza Hanim yang bersependapat Fiona kelihatan tidak yakin dan kurang selesa ketika membuat persembahan sementara itu Azmeer menegur Fiona agar membetulkan sebutannya yang kurang jelas ketika menyanyikan lagu tersebut.

Azri (Mohd Azri Abdullah) menutup tirai persembahan malam ini mengiramakan lagu Tiada Lagi Kidungmu (Lefthanded) dengan begitu bertenaga. Azri yang ternyata kurang berpengalaman menyanyikan lagu genre rock mendapat kritikan membina dari Hattan dan Liza Hanim yang menasihatinya agar pembawakan vokal dan ‘attitude’ rock harus diselarikan untuk mempamerkan persembahan yang berkualiti. Namun, Azmeer memberika pujian dengan menyatakan mutu persembahannya terbaik dan yakin Azri mampu melayakkan diri ke peringkat akhir.

Selain mengundi peserta kegemaran mereka, para penonton juga boleh menyertai kuiz SMS My Starz LG untuk memenangi hadiah berupa penghawa dingin oleh LG. Mereka hanya perlu menaip LG dan hantarkan kepada 37898 seterusnya mengikut arahan yang diberikan. Untuk mengundi kumpulan B ini dibuka dari jam 10.00 malam 14 Disember 2008 sehingga jam 6.00 petang pada 28 Disember 2008.

Format penyingkiran My Starz LG ialah 12 peserta akan dibahagikan kepada 2 kumpulan: A dan B. Kumpulan A akan membuat persembahan pada minggu ini dan penyingkiran salah seorang dari Kumpulan A hanya akan dilakukan pada minggu berikutnya ketika minggu kumpulan B mengambil tempat membuat persembahan.

Seterusnya penyingkiran untuk kumpulan B akan dilakukan ketika minggu Kumpulan A membuat persembahan. Para peserta akan bergabung dalam konsert seterusnya apabila tinggal 4 orang peserta dari setiap Kumpulan A & B. Format penyingkirannya ini berterusan sehingga 4 orang finalis dipilih.

Manakala dari segi fornat pemarkahan pula, penyingkiran terhasil daripada keputusan juri (70% markah) manakala 30% selebihnya diputuskan oleh penonton melalui SMS.  Selain dari juri tetap, juri jemputan bakal muncul sepanjang musim ini untuk menawarkan khidmat nasihat mereka.

Pengacara Nazruddin Habibur Rahman (Naz) kembali memeriahkan rancangan ini dengan pasangan baru, Puteri Andreanna Syigim (Anne), manakala Khairul Ikhwan Rosli (Ikhwan) bakal mengacarakan segmen My Starz LG Star Lives, yang merupakan sedutan siaran selama setengah jam tentang pencapaian pelajar sepanjang minggu tersebut, setiap Ahad pada pukul 5.30 petang.

Penasihat vokal terdiri daripada penyanyi dan pencipta lagu Lah Ahmad, koreografer tarian Raimee Salleh dan  Syaiful Baharim yang berperanan sebagai konsultan imej peserta. Pemenang pertandingan My Starz LG berpeluang memenangi wang tunai RM 100,000, produk LG yang menarik, menjadi bintang dan kontrak rakaman bersama label rekod ternama, Warner Music Malaysia.

Kesemua 12 peserta ini menerima tunjuk ajar dan nasihat profesional serta sokongan latihan daripada tenaga pengajar yang terdiri daripada penghibur dan penerbit ternama Malaysia, yang berlangsung di LG House, sebuah bunglo yang diadaptasi khas yang tersedia dengan bilik latihan dan ruang persembahan yang dilengkapi sepenuhnya dengan produk LG.

Pastikan penonton di rumah tidak ketinggalan untuk menonton Konsert My Starz LG dan peluang menangi telefon bimbit Secret Phone LG dengan menyertai kuiz SMS My Starz LG dengan menaip LG dan hantarkan ke 37898 dan ikut arahan yang diberikan. Bagi sesiapa yang ingin mengundi untuk Kumpulan B undian akan dibuka dari 30 Disember jam 10.00 malam hingga 6 petang, 7 Disember 2008. Maklumat lanjut berkenaan My Starz LG boleh didapati dengan melayari www.tv3.com.my/mystarzlg2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rita Rudaini dan Aidil Zafuan Sah Nikah di Thailand

Saksikan Nitrus di Konsert Jom Heboh Bukit Jalil