in , ,

Aksi Tarian Zizi Kirana Dikecam, Tak Sensitif Musibah Covid-19

PENYANYI Zizi Kirana terkejut apabila mengetahui persembahannya semasa ulang tahun sebuah laman membeli-belah atas talian yang disiarkan pada malam Khamis menjadi tular di media sosial. Zizi berkata, dia menerima banyak mesej daripada penonton yang menegur aksinya kerana dikatakan keterlaluan ketika negara sedang berdepan penularan wabak Covid-19.

“Sebenarnya persembahan itu adalah rakaman dan bukan siaran langsung, ia dirakam di rumah ketika hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) minggu lalu.

“Apabila bangun pagi saya terkejut terima banyak mesej, komen berbentuk kecaman dan paparan skrin persembahan saya malam itu. Saya pun hairan ada buat salah apa?

“Mereka kata saya tak hormati malam Jumaat… sedangkan waktu program itu bersiaran bukan bidang kuasa saya. Ia ditentukan oleh stesen televisyen dan client mereka,”

Pada Khamis, program mempromosikan portal membeli-belah atas talian dikecam teruk netizen kerana menyajikan hiburan pada malam Jumaat dan dikatakan tidak sensitif dengan isu semasa.

“Malam Jumaat, di saat Malaysia sedang dilanda satu wabak yang cukup dahsyat, kematian sudah melebihi angka 20, beribu masih menderita dan dirawat… mereka menyajikan aksi terkinja-kinja untuk tatapan bagi menghiburkan rakyat! Bala apa lagi yang kalian ingin undang ke Malaysia ini?,” 

– Netizen

Sementara itu, Zizi berkata dia hanya mengikut panduan daripada stesen televisyen dan tarian sambil menyanyi itu merupakan salah satu bentuk cabaran dalam program berkenaan. Zizi menerima komen tersebut dengan hati terbuka dan berharap mereka memandangnya daripada sudut positif.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netizen Kritik Artis Malaysia Mohon Bantuan Kerajaan

Adik Ni Rindu Sangat kat Kekasih, Luahan Lucu Yang Viral Selepas Lama Kena Kuarantin