in , ,

Riena Diana ‘Hilang Ingatan’ Untuk Menutup Malu? 

Pelakon popular Riena Diana jarang menghampakan peminatnya dengan lakonannya yang bersahaja dan mencuit hati. Namun, ada dengar khabar pula Riena Diana menggunakan alasan ‘hilang ingatan’ untuk menutup malu. Apakah yang sudah terjadi?

Segalanya akan terungkai dalam drama bersiri terbaharu, CINTA AMNESIA lakonan Riena Diana sebagai Laura Madeena yang telah mula menemui peminat drama Melayu bermula 12 Februari 2022, setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di slot Lestary TV3. 

Drama bersiri 13 episod terbitan Luqsar Kreatif Sdn Bhd ini merupakan idea asal daripada Adza Amie yang juga bertindak sebagai penulis skrip bersama – sama dengan Siti Solehah Abd Ghani, diarahkan oleh pengarah Heykal Hanifah serta menampilkan pelakon – pelakon popular Malaysia seperti Riena Diana, Zynakal, Shah Jaszle, Jasmin Hamid, Bell Ngasri, Anas Ridzuan, Nadzmi Adhwa, Faezah Elai, Zaidi Rock dan Khaty Azian.

Cinta Amnesia 1

Laura Madeena dibesarkan dalam keluarga sederhana di Pulau Pinang. Dia mempunyai tiga orang abang iaitu Lateef, Lukeman dan Leon. Sejak kecil dia mahu keluar dari kampungnya itu dan berangan-angan ingin menjadi seorang selebriti terkenal. Abang-abangnya sampai sudah lali dengan sikap adiknya namun mereka tetap menyayangi Laura. 

Selepas tamat STPM, Laura telah meninggalkan kampung setelah cintanya ditolak oleh Yassin, anak tauke emas kampung. Laura juga tidak melayan Huzair yang telah meluahkan isi hatinya kerana dia hanya anak tauke kilang jahit. Laura yakin dirinya bakal menjadi pelakon dan model yang glamor di bandar. Malah, Laura juga bersumpah Yassin akan menyesal meninggalkannya. 

Setelah seketika, Laura pulang semula ke kampung secara tiba-tiba. Lebih mengejutkan apabila Laura telah hilang ingatan akibat sebuah kemalangan. Leon seolah-olah dapat menghidu sesuatu yang tidak kena di sebalik amnesia adiknya. Sebenarnya, kehidupan Laura sebagai seorang selebriti popular yang dicanangkan ke satu kampung hanyalah indah khabar dari rupa. Laura terus menyamar hilang ingatan kerana tidak mahu keadaan sebenarnya di bandar terbongkar. 

Laura berusaha memikat hati Huzair semula setelah melihat Huzair telah berjaya. Walaupun Huzair telah bertunang, tetapi Laura tetap cuba menggodanya. Adakah hubungan Laura dan Huzair akan berhasil? Apakah rahsia yang cuba disimpan oleh Laura? 

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan drama romantik komedi, Cinta Amnesia, setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Body Shaming Dalam Telemovie LARI CABI LARI Lakonan Eric Fuzi

Amerul Affendi

Amerul Affendi Cabar Diri Bawa Watak Menari Mak Yong dalam Filem Seram HANTU MOK JOH