in , ,

Body Shaming Dalam Telemovie LARI CABI LARI Lakonan Eric Fuzi

Ejekan tubuh merupakan sesuatu amalan atau tabiat sesetengah orang dalam memberikan komen negatif tentang berat badan seseorang yang lain. Hakikatnya tindakan memalukan ini mampu menyumbang menjadi barah dalam masyarakat kita, Keluarga Malaysia yang aman harmoni.

Mengisi slot Drama On 2 di TV2,  telemovie “Lari Cabi Lari”yang bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 21 Februari ini, pukul 9.00 malam yang membawa kisah Cabi seorang pemuda dari kampung yang baru meneruskan pelajarannya di kolej. Dia mempunyai berat badan yang berlebihan dan mempunyai masalah menyesuaikan diri. Cabi cuba menyesuaikan diri tapi menghadapi kesukaran. Dia berkenalan dengan Mariah yang peramah dan menyebabkan Cabi jatuh hati.

Disebabkan fizikalnya yang gemuk, Cabi terpaksa berhadapan dengan cabaran dari buli yang merendah-rendahkan dirinya. Cabaran yang dihadapi Cabi ketika cuba menawan hati gadis yang disukainya dan cuba menjadi seorang yang lebih tabah. 

Tanpa disedari, Mariah mempunyai seorang teman, Daniel. Daniel menyedari bahawa Cabi menyukai Mariah. Tanpa pengetahuan Mariah, Daniel membuli Cabi dan memalukannya di hadapan rakan-rakannya. Kejadian itu menjadi melampau sehinggalah dilihat oleh Selvan, teman sebilik Cabi. 

Body Shaming Dalam Telemovie LARI CABI LARI Lakonan Eric Fuzi

Selvan mengajak Cabi bertemu dengan Daniel untuk menyelesaikan masalah mereka. Selvan kata jangan risau kerana dia akan menemani Cabi. Daniel merupakan seorang atlet trek dan padang. Jadi mereka bertemu dengan Daniel. Ketika itu Daniel sedang berlatih untuk pemilihan wakil kolej untuk acara 5000m. 

Daniel hanya mentertawakan Cabi yang cuba meminta Daniel jangan menganggunya. Selvan yang hilang sabar menyampuk dan memberi cabaran pada Daniel, jika Cabi berjaya melayakkan dirinya mewakili kolej, Daniel tidak akan menganggu Cabi lagi. Daniel setuju dan Cabi mula berlatih bersama Selvan. 

Selvan merupakan bekas atlet Karate membantu Cabi. Cabi juga menjadi rapat dengan Mariah. Pada mulanya dia takut untuk berkawan dengan Mariah kerana bimbang diketahui Daniel, namun Mariah menjelaskan bahawa dia dan Daniel hanyalah rakan dari sekolah. Mereka kelihatan rapat kerana sewaktu datang di kolej, Daniel hanya mengenali Mariah.

Cabi berlatih hampir setiap hari bersama Selvan. Pada mulanya dia mahu berputus asa kerana latihan agak sukar. Namun Selvan meyakinkan Cabi untuk meneruskan latihan. Latihan Cabi juga dirakam oleh Selvan dan ianya mendapat perhatian kerana menjadi inspirasi kepada netizen.

Body Shaming Dalam Telemovie LARI CABI LARI Lakonan Eric Fuzi

Dengan tidak sengaja Cabi menjadi seorang influencer kerana kegigihannya menjalani latihan. Sehinggakan ada yang meminta Cabi menjadi model “plus-size” mereka. Perkara ini tidak disenangi oleh Daniel. Meskipun Daniel yakin bahawa Cabi tidak akan berjaya melayakkan dirinya menjadi atlet kolej, namun maruahnya tercabar kerana perhatian yang diterima oleh Cabi. 

Dia juga menjadi malu kerana Mariah berhadapan dengannya dan bertanyakan mengapa dia mengaku dia adalah teman lelaki Mariah sedang kan mereka hanya kawan. Daniel memanggil rakan-rakannya dan merancang sesuatu. Daniel membocorkan video Cabi dibuli di internet. Rupa-rupanya, tanpa disedari, mereka merakam kejadian itu. Video itu tersebar secara luas dan akhirnya sampai ke pengetahuan Cabi. Cabi yang malu, membuat keputusan untuk berhenti kolej dan pulang ke kampung. 

Dia mengemas barang-barangnya dan cuba mengambil bas. Selvan hanya mendapat tahu berita itu setelah melihat barang Cabi telah tiada. Dia mengajak Mariah mencari Cabi. Sebenarnya Cabi

tidak berjaya mendapatkan tiket bas kerana terlalu lewat. Dia keseorangan di stesen bas dan ditemui oleh Mariah. Mariah cuba memujuk Cabi untuk balik ke kolej, namun Cabi sudah putus asa. Dia sering dibuli sejak dari kecil. Dia menyangka perkara begini tidak akan berlaku lagi padanya setelah dia masuk kolej. 

Body Shaming Dalam Telemovie LARI CABI LARI Lakonan Eric Fuzi

Tiba-tiba Mariah mededahkan bahawa dia juga pernah dibuli ketika sekolah dulu. Video buli yang didedahkan oleh Daniel dan rakan-rakannya itu sebenarnya telah backfire kepada mereka. Mereka yang berniat untuk memalukan Cabi, tetapi netizen pula menjadi marah kepada mereka.

Hari pemilihan telah tiba. Cabi bersedia untuk memulakan larian. Daniel yang telah malu, menyimpan dendam yang amat tinggi kepada Cabi, lebih-lebih lagi Mariah kini menyokong Cabi. Larian dimulakan, Daniel mendahului namun dia terkejut kerana Cabi berjaya menyaingi kelajuannya, dia naik marah dan menendang kaki Cabi dan mencederakannya. Perbuatannya itu menyebabkan Cabi jatuh. Ikuti kesudahannya di TV2.

Telemovie ini menampilkan lakonan Eric Fuzi, Jasper Supayah, Sri Kumaran dan Syrul Ezwan.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

Kerjasama Airasia & Lembaga Pelancongan Singapura Pacu Industri Pelancongan

Riena Diana ‘Hilang Ingatan’ Untuk Menutup Malu?