in , ,

Amerul Affendi Cabar Diri Bawa Watak Menari Mak Yong dalam Filem Seram HANTU MOK JOH

Guna Dialek Kelatan, Filem Seram Komedi HANTU MOK JOH Gabungan Unsur Moden Dan Tradisional Dengan Gaya Kreatif

Filem mahupun drama yang mengetengahkan dialek Kelantan dilihat sering berjaya menarik perhatian penonton Malaysia, seperti filem No.1 terlaris Di Astro First, ‘Mael Totey The Movie’, telefilem yang pernah tular tahun 2018, ‘Pok Ya Cong Codei’, filem terbaik di Festival Filem Malaysia ke-25, ‘Bunohan’ dan banyak lagi. 

Terbaru, sebuah lagi filem dengan dialek Kelantan yang mengetengahkan genre seram komedi, HANTU MOK JOH bakal menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 bermula 17 Februari ini. 

Hantu Mok Joh

Filem ini merupakan terbitan produksi Kentang Hijau Universal Production dan diarahkan oleh Asri Baq’U. 

Filem yang menjalani sesi penggambaran di Kota Bharu, Kelantan ini menampilkan pelakon berbakat besar tanah air seperti Amerul Affendi (sebagai Yem), Fauziah Nawi (Mok Joh) dan Aloy Paradoks (Heri) sebagai teraju utama. Menariknya, Amerul Affendi sekali lagi mempertaruhkan bakatnya dengan membawa watak yang memerlukan bertutur dalam loghat Kelantan dan menjadi penari Mak Yong. Malah, video klip sudutan dari filem yang memaparkan Amerul Affendi menari Mak Yong telah menerima reaksi positif daripada penonton. 

Selain itu, filem ini turut dibintangi oleh pelakon-pelakon kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut, seperti Aprena Manrose, Kamarool Hj. Yusoff, Amir Raja Lawak, Hushairi Husain, Asrulfaizal Kamaruzaman, Mek Yun (Wee Yun Nee) wanita Cina tular fasih berbahasa Melayu, Kuna Munzani, Bea Rameshan serta pelakon Kodi Rasheed

Tidak hanya memfokuskan elemen seram dan komedi semata-mata, Hantu Mok Jah juga menyelitkan mesej-mesej pengajaran umum yang boleh dijadikan iktibar kepada penonton. 

Hantu Mok Joh

Antaranya, menerusi watak-watak masyarakat komuniti yang mudah percaya pada sesuatu berita tanpa memeriksa kesahihan sumber; warisan seni tradisional yang harus diwarisi oleh generasi muda; sikap skeptikal terhadap seseorang mengikut negeri asalnya; suka melepak serta membuang masa; dan banyak lagi. 

Hantu Mok Joh

Penerbit Eksekutif Filem Hantu Mok Joh, Udin Sham berkata, “Hantu Mok Joh merupakan filem pertama terbitan Kentang Hijau Universal Production dan idea asal oleh pengarah filem ini sendiri, Asri Baq’U. Pihak kami cuba menampilkan kelainan dengan menggabungkan elemen seni moden dan tradisional. Tambah menarik, dialog filem ini mengangkat budaya Kelantan dan memaparkan kisah kehidupan masyarakat setempat yang amat dekat dengan kita. Menerusi filem ini juga, kami cuba membariskan gabungan pelakon berbakat dan ‘influencer’ (pempengaruh) media sosial bagi menjayakannya. Manakala skrip yang ditulis oleh Engku Seri Kelantan dan Aloy Paradoks bukanlah dialog semata-mata, tetapi turut menyelit mesej-mesej tersirat dengan unsur pengajaran. Dengan kehadiran Hantu Mok Joh ini, kami mengharapkan filem ini bukan sahaja dapat menarik penonton di pantai timur sahaja, tetapi seluruh penonton Malaysia, dan terutamanya pencinta seni.” 

Hantu Mok Joh

Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad pula menyatakan, “Sebagai sebuah platform yang mempersembahkan filem-filem tempatan kepada penonton Malaysia, kami bukan sahaja bertanggungjawab mengetengahkan karya yang mempunyai nilai hiburan dan jalan cerita yang baik, malah turut mengutamakan nilai budaya dan estetika. Kelainan Hantu Mok Joh berbanding filem seram komedi yang lain adalah ia diwarnai dengan unsur seni tradisional seperti Mak Yong, dikir barat, patung wayang kulit, dan ini sekali gus membuktikan seni warisan boleh dimartabatkan menerusi filem moden dengan gaya kreatif. Kami harap kehadiran naskhah ini mampu memperkasakan lagi filem-filem yang menonjolkan budaya lokal, di samping dapat menghiburkan penonton.” 

Hantu Mok Joh

Sinopsis Filem HANTU MOK JOH

Kisah Hantu Mok Joh bermula apabila pelbagai andaian mula muncul rentetan dari kehilangan Mok Joh yang dikatakan mati kerana melanggar sumpah Saka Mak Yong yang dipeliharanya. Namun yang menjadi misteri ialah, sehingga kini jenazah Mok Joh masih belum ditemui.

Penduduk kampung mula diganggu makhluk yang dikatakan sebagai hantu Mok Joh. Kedai Kopi Pok Heng yang selama ini kekurangan pelanggan, kini menjadi ruang para penduduk membincangkan isu panas tersebut. 

Saksikan filem seram komedi, Hantu Mok Joh yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 17 Februari 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. 

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Riena Diana 2 | 19

Riena Diana ‘Hilang Ingatan’ Untuk Menutup Malu? 

Azwan Kombos | 20

Sinopsis Drama JANJI PADA HATI Lakonan Ezzaty Abdullah & Azwan Kombos