in , ,

Reza Mohamad Dirasuk Di Party EH!?

Tidak pasti apa yang sebenarnya berlaku kerana Budiey sendiri pulang awal pada malam Party EH berlangsung untuk ke Twilight Movie Marathon di TGV Wangsa Walk.

Tidak tahu pulak, Reza dengarnya kena rasuk. Memetik berita dari portal Murai, Reza tak mahu komen apa-apa tentang perkara ini.

Penyampai radio Suria FM yang juga hos program Propaganza, Reza Mohammad enggan mengulas mengenai keadaan dirinya yang tiba-tiba dirasuk sewaktu dalam perjalanan untuk mengacarakan sebuah majlis fesyen di sebuah kelab di Ampang pada Sabtu.

Ketika dihubungi, Reza Mohamad melalui SMSnya menjawab: “Don’t want to talk about it. Sorry.”

Portal Murai menghormati permintaan Reza Mohamad itu dan walau apa pun sebabnya, kami harap Reza dilindungi dan selamat daripada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Namun, kes yang berlaku secara tiba-tiba pada malam Sabtu lalu itu telah menyebabkan Reza Mohamad tidak dapat melaksanakan tugasnya sebagai pengacara majlis.

Dia juga terpaksa berpatah balik ke rumahnya selepas keadaan semakin serius hingga meracau-racau di dalam keretanya.

Situasi yang tidak diduga itu juga menyebabkan pihak penganjur berada di dalam keadaan yang kelam kabut kerana terpaksa mencari pengganti. Mujur pada saat-saat akhir, mereka berjaya mengantikan tempat Reza Mohamad dengan Kark Shafek.

Gambar Reza di Party EH!

Reza Mohammad

Petikan dari Portal Murai:

Sebenar Murai Batu agak berat hati atau malas nak bercerita mengenai perihal rasuk-merasuk atau buatan orang akibat ilmu hitam terutama apabila membabitkan selebriti tanah air.

Bukannya Murai Batu tak percaya dengan cerita seperti ini, tapi kalau boleh tak mahu memalukan sesiapa kerana bagi sesetengah pihak perkara seperti ini cukup peribadi untuk diperkatakan.

Namun dalam dunia showbizz atau hiburan, kejadian dengki mendengki atau mengusik seseorang dengan amalan ilmu hitam memang selalu berlaku. Sampai Murai Batu sendiri pun agak takut untuk berbicara mengenainya.

Begitulah yang terjadi dengan pengacara popular dan penyampai radio Suria FM, Reza Mohamed yang didakwa telah menjadi mangsa perbuatan khianat seseorang sehingga menganggu tugas jejaka peramah berkenaan dalam sebuah acara fesyen pada hujung minggu lalu.

Murai Batu kurang pasti kesahihan cerita ini. Tetapi hujung minggu lalu ketika berlangsungnya sebuah majlis fesyen di ibu negara, pengacara itu difahamkan terpaksa berpatah balik daripada menjadi pengacara bagi acara berkenaan.

Sumber Murai Batu memberi tahu, Reza Mohamed khabarnya hadir ke majlis berkenaan dalam keadaan tidak keruan dan berserabut. Lebih menakutlan lagi, dia didakwa bagaikan meracau-racau tak keruan.

Keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan itu telah menyebabkan pihak penganjur acara terpaksa mencari pengacara lain bagi menggantikan tempat Reza Mohamed bagi meneruskan acara yang sepatutnya telah berjalan lebih awal.

Nasib baik, pihak penganjur berjaya mencari pengganti iaitu pengacara sebuah stesen TV iaitu Karl Shafek dalam masa yang agak singkat. Kalau tidak, semakin lambatlah majlis itu bermula.

Murai Batu dengar, ini bukanlah kali pertama Reza Mohamed mengalami situasi mengejutkan ramai itu. Malah ketika majlis sidang media teater Rugabadi terbitan syarikat pengurusannya tidak lama dulu, dia turut mengalami situasi serupa.

Malah dalam beberapa episod program Propaganza, dia juga pernah beberapa kali menyebut beberapa ayat yang ada hubung kait dengan perbuatan syirik berkenaan.

Jika benarlah Reza Mohamed menjadi mangsa buatan orang, Murai Batu harap supaya dia dapat mendapatkan rawatan dengan segera supaya tidak memudaratkan diri dan juga orang lain.

Kalau kejadian seperti ini berterusan, Murai Batu percaya ianya pasti akan memberi kesan kepada kerjaya Reza Mohamed yang sememangnya mempunyai bakat cukup besar dalam bidang pengacaraan industri hiburan tanah air.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran SimplySiti Di Hati 2012

10 Sebab Mengapa Anda Wajib Tonton Lagenda Budak Setan 2 Katerina