in ,

10 Sebab Mengapa Anda Wajib Tonton Lagenda Budak Setan 2 Katerina

10 SEBAB MENGAPA ANDA WAJIB TONTON FILEM LAGENDA BUDAK SETAN 2 KATERINA

[dropcap]O[/dropcap]h My God! Kata ini paling sesuai untuk anda yang akan menonton filem terbaru [highlight]Lagenda Budak Setan 2 Katerina[/highlight]. Budiey kadang-kadang kagum dengan diri sendiri kerana sanggup menghabiskan masa selama 1 jam lebih untuk menonton sambungan kisah cinta meruntun jiwa ‘budak setan’ bernama Kasyah lakonan Farid Kamil ini.

Semua dari kalian tahu, cerita tangkap leleh bukanlah porte diri penulis sebaliknya, Budiey sendiri orangnya sangat suka dengan filem seram dan thriller. Tapi seusai punggung dilabuhkan di kerusi empuk di Prebiu Media filem ini dalam dewan yang selesa GSC Pavilion, Jumaat lalu, momennya bertukar menjadi lain macam.

[pullquote align=”right”]Menatap visual filem ini dari kali saat pertama sehingga saat penghujung, membenihkan sejuta rasa dalam lubuk hati.[/pullquote]

Hidup tak sentiasanya indah. Namun, mendung di langit itu tak semestinya menandakan hari akan hujan. Barangkali itu antara tema utama paling saya kecapi selepas menonton filem ini. Biar banyak mana aksi drama dalam filem ini, saya percaya semuanya berjalan ke arah landasan cinta.

Meskipun disampaikan dengan gaya yang ringan, namun, Budiey kira naskah ini sangat berat dan memberi depressi pada penonton. Apa yang Budiey maksudkan ialah, naluri melonjak dan meronta untuk bersimpati dengan nasib malang yang menimpa Kasyah. Meski pun begitu, kita tak diajak untuk pecah kepala berfikir pasal falsafah yang keterlaluan. Dalam hati, cuba duduk rileks dan terima seadanya filem ini.

Poster Lagenda Budak Setan 2 Katerina
Sinopsis:
Plot, tema dan penceritaanya tentang cinta dan peluang kedua. Sekuel kepada filem Lagenda Budak Setan ini menyaksikan kehidupan Kasyah lakonan Farid Kamil bersama anak perempuannya, Athirah selepas isteri tercinta, Ayu lakonan Lisa Surihani meninggal dunia. Satu hari dia telah bertemu semula dengan Katerina lakonan Maya Karin dan banyak menghabiskan masa bersama sehingga timbul bibit-bibit cinta di antara mereka. Walaubagaimanapun hubungan tersebut mendapat tentangan ibu bapa Kate. Bapa Kate, Sofean telah mengupah seorang wanita untuk menggoda Kasyah ketika Kate berada di luar negara, sehingga memutuskan hubungan mereka berdua. Selepas itu Kate mengambil keputusan untuk berkahwin dengan bekas teman lelakinya, Hisyam lakonan Bront Palarae.

[pullquote]Adakah Kasyah akan bernikah dengan Kate di hujung cerita? Apa ingat Budiey akan kasi tahu semua sekali ke? Budiey tak nak spoilkan mood anda, sila menonton filem ini di pawagam ya.[/pullquote]

Mungkin satu hipotetikal, tapi Budiey rasa la kan, semua yang akan ke pawagam untuk menonton filem ini dah ada persepsi mereka sendiri. Ya, persepsi di mana jalan ceritanya sudah pun siang-siang dibaca dari novel dan setidaknya dah tonton sedikit babak menarik dari trailer. Ya, tengok trailer pun dah tahu, gaya cerita dan isinya. Jom kita ikuti apa yang menarik dalam filem ini.

Untuk sinopsis penuh, sila klik SINI.

Untuk tidak menghampakan dan memudahkan pembaca, nah! Budiey dah senaraikan 10 sebab mengapa anda WAJIB tonton filem Lagenda Budak Setan 2: Katerina.

Lbs2

1. Sarat Dengan Emosi
[dropcap]D[/dropcap]ah jadi kemestian barangkali, cinta harus melalui ranjau. Filem ini menyentuh hati saya melalui pelbagai aspek daripada emosi, realiti serta pesona kepada pembentukan watak yang sangat berjaya menterjemahkan sebuah naskhah hebat.

Filem ini menerbitkan rasa cuak mengenangkan nasib dan daya imaginasi di mana jika kita di tempat Kasyah yang sering dilanda malang…. Apalah agaknya yang akan kita rasa. Ya, empati itu lebih mendalam berbanding rasa simpati itu sendiri. Eh! Kesian betul dengan nasib Kasyah ni, tak henti-henti dirundung malang. Itu kata hati saya dan saya percaya, penonton akan bersetuju, Kasyah sangat tabah dan cekal hadapi semua ujian.

LBS2 cuba menyampaikan emosi cinta suci di layar dalam saga penuh pengorbanan. Emosi turut diberatkan dengan halangan dari keluarga Kate yang memandang kepada status darjat dan harta kekayaan.

Lbs2

2. Arahan Sharad Sharan Yang Magis
[dropcap]K[/dropcap]edudukan Sharad Sharan dibangku pengarah punya magisnya tersendiri. Sementelah, kejayaan filem pertama Lagenda Budak Setan bikin satu fenomena.

Keberkesanan arahan Sharad Sharan sebenarnya dibantu oleh kekuatan naskah ini dan tak lupa lakonan Farid Kamil serta Maya Karin. Oh, sebelum Budiey lupa, sebenarnya, ini adalah filem kedua yang menggandingkan pelakon Farid Kamil dan Maya Karin dalam sebuah filem. Sebelum ini, mereka mewarnai kisah dalam filem Anak Halal.

[pullquote align=”right”]Budiey percaya Sharad ada alasan sendiri, dan dia tak mahu meminima bakat Farid Kamil dalam filem ini. Persembahan Farid boleh Budiey anggap antara yang terbaik untuk filem ini.[/pullquote]

Bertepatan dengan watak utama sebagai sisi penceritaan, Katerina nampaknya diekplorasi betul-betul oleh Sharad Sharan. Namun, ia tak lepas dari bercerita tentang Kasyah yang mana lebih dieksplorasi secara jelas berbanding watak Katerina.

Cuma Budiey agak skeptik dengan watak Kasyah yang terlalu lurus bendul dengan abangnya yang kuat menipu dan terlibat dengan pengedaran dadah. Mungkin, Kasyah olok-olok tak tahu atau dia tak tahu yang abangnya memang sentiasa membebankan dirinya dengan menganggap, itu satu pengorbanan adik kepada abang. Kalau Budiey, dah lama Budiey siasat dan report polis.

Ini disokong semasa babak di mana Kasyah terpaksa menghantar barang kepada penjenayah di suatu lokasi. Kasyah hanya menurut kata abangnya walaupun beliau sepatutnya membawa Athirah ke hospital.

3. Gambaran Layar Sinema Yang Perfect
[dropcap]M[/dropcap]enghayati setiap saat sinematografi di layar besar secara spontan, bibir gebu Budiey ini berkata WOW, dahsyat juga filem ni berbahasa melalui sinematografinya. Sangat cantik!

Jelas terpapar semasa Kasyah mendukung anak hasil dari perkongsian hidup dengan Ayu. Dari sudut pandangan insan biasa yang tak kenal apa itu bahasa filem pun sudah dapat menelaah apa yang mahu diceritakan.

Berlatar belakangkan lokasi menarik dan mengeksploitasi alam semulajadi yang cukup hidup, filem ini membuatkan jiwa kita berfikir dengan kejadian Tuhan secara alami dan kelangsungan hidup.

Sinematografi indah dengan menayangkan suasana senja, pokok besar tak berdaun simbol kepada kasih sayang yang hilang dan juga hujan yang lebat membasahi semasa kunjungan Kasyah ke pusara Ayu. Melambangkan kesedihan yang ditanggung oleh Kasyah.

Lbs2

4. Karya Agung Ahadiat Akashah
[dropcap]S[/dropcap]elain gambaran layar yang sempurna, Budiey rasa kekuatan filem ini nyata terletak di atas tangan penulis skrip. Terbukti jelas depan mata, eksplorasi perjalanan cerita dari A-Z menjadikan kita terlalu bersimpati dengan nasib yang menimpa Kasyah yang dilayarkan secara naratif.

Budiey gelarkan Ahadiat Akashah sebagai the master in romantic era sebab karyanya sangat catchy dengan jiwa remaja, persembahan selamba, santai dan ada makna. Biarpun kisah yang ditulis agak tangkap leleh, namun ia tetap seronok dibaca berulang kali. Ini magisnya novel karya novelis ini. Sehinggakan apabila satu ketika diangkat ke filem, Budiey dah jangkakan, peminat setia novelis ini akan berduyun-duyun memenuhi segenap ruang panggung. Sila tekan LIKE pada entri ini jika pembaca pendapat Budiey ini betul ya.

Novel Lagenda Budak Setan 2 Katerina merentasi jiwa manusia sejagat manakala Sharad Sharan selaku pengarah hanya perlu mengupas dan mengambil isi dan rasa jiwa secukup rasa, seterusnya menjadikan filem ini antara yang terbaik pernah dihasilkan dalam kategori drama.

5. Gandingan Pelakon Hebat & Ternama
[dropcap]M[/dropcap]elihat pada barisan pelakonnya dah cukup buat anda tak senang duduk untuk terus membeli tiket [highlight]di pawagam mulai 29 November ini[/highlight]. Mengekalkan barisan pelakon sama dengan filem pertama iaitu Farid Kamil sebagai Kasyah, Maya Karin sebagai Katerina, Bront Palarae sebagai lelaki obses yang pscyho bernama Hisyam, penampilan khas Lisa Surihani sebagai Ayu tetap menjelma seketika, Lana Nordin dengan watak seksi menggodanya, Marissa Yasmin, Azri Iskandar dan ramai lagi.

Lakonan Farid Kamil kali ini lebih realistik dan beremosi. Ya, penuh dengan emosi seiring dengan wataknya yang agak berat untuk digalas. Budiey juga suka cara pembawaan Maya Karin membentuk persembahan menarik dalam karakter Kate dan pembinaan emosi bersama Farid Kamil.

[pullquote align=”right”]Budiey rasa, mood yang dijelmakan oleh Maya Karin boleh diwujudkan hanya dengan ekspresi wajah, bukan dialog yang merapu dan meraban.[/pullquote]

Selepas Lisa Surihani berjaya merangkul anugerah [highlight]Pelakon Wanita Terbaik[/highlight] di Festival Filem Malaysia ke 23, Budiey tak terkejut jika Maya Karin bakal membawa pulang anugerah kategori yang sama di majlis anugerah yang akan datang, hasil lakonan cemerlangnya dalam filem ini.

Penghayatan watak Katerina dan Kasyah dalam filem ini membuatkan Budiey tabik spring kepada pelakonnya. Syabas buat Maya Karin dan Farid Kamil. Kedua-dua watak ini sebenarnya diberi weight yang seimbang.

Watak Kasyah dan Katerina mewujudkan banyak momen sedih terutama semasa Kasyah mendapat tahu anaknya, Athirah meninggal dunia di hospital dan abangnya juga ditimpa kemalangan lalu meninggal dunia. Menjadi satu kejayaan dalam filem ini apabila ia berjaya membawa banyak watak yang dengan sempurna.

Walaupun dalam tak suka dengan watak ganas, depress, gila, obses dan psycho Hisyam lakonan Bront Palarae, Budiey akur ia dibawa dengan cukup berkesan dengan ekspresi yang menjadi. Kalau tak, Bront Palarae takkan menang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di [highlight]Festival Filem 23 [/highlight]untuk filem Belukar.

Kemunculan kali pertama, penyanyi [highlight]Kat Hassan[/highlight] juga turut mengisi ruang penceritaan membawa watak sebagai kekasih kepada abang Kasyah yang hamil anak luar nikah.

Lbs2

6. Lokasi Menarik Negara Bhutan
[dropcap]D[/dropcap]alam memberikan kelainan berbanding filem pertama, ‘Katerina’ turut membawa penonton melancong dan menikmati keindahan negara Bhutan yang telah dipilih sebagai salah satu lokasi untuk filem ini selain lokasi dalam negara seperti di Pulau Langkawi dan sekitar Kuala Lumpur.

Menurut Farid Kamil, pengalaman berlakon di Bhutan sangat mencabar kerana cuaca yang agak sejuk. Namun, berbaloi kerana latar belakang bukit dan pergunungan di sana sangat cantik. Superb!

7. Lagu Tema & Skor Muziknya Fantastik
[dropcap]O[/dropcap]kay, Budiey tak dapat nafikan, skor muziknya sangat fantastik, bikin tersentuh dan meruntun jiwa gitu.

Terlebih details, apabila kita dapat merasai cerita sedih watak Kasyah kematian Ayu dan kembali bercinta dengan Katerina lalu menerima ujian demi ujian. Dek sukakan skor muzik dan lagu filem ini, saya berani berbelanja untuk menonton filem ini di pawagam nanti.

Budiey suka dengar lagu Sejati dendangan Ning Baizura yang dicipta oleh komposer dari Indonesia. Sekaligus mengingatkan Budiey dengan lagu-lagu runut yang pernah dinyanyikan oleh Melly Goeslow dalam filem Apa Ada Dengan Cinta beberapa tahun sudah.

Lbs2

8. Falsafah Romantika & Konflik
[dropcap]P[/dropcap]endek kata LBS2 adalah kisah cinta yang penuh dengan cinta, kasih sayang, pengorbanan, nasib ketentuan dan karma. Paling tepat, Budiey rasa filem ini merungkai segenap ruang kehidupan.

Kombinasi cinta, family value, kepercayaan, keyakinan, perhubungan, usaha dan kejujuran menjadikan filem ini yang boleh dibanggakan. Walaupun temanya lebih ke arah percintaan, tapi ia kaya dengan filosofinya.

Kadang-kadang, kita peduli apa dengan falsafah dalam filem, orang masuk pawagam nak tengok action. Orang nak berangan jadi Aaron Aziz lepas tengok KL Gangster, berangan jadi Farid Kamil dalam LBS, peduli apa dengan falsafah, kan? Mungkin bukan semua la, tapi ada juga orang yang cari falsafah dalam filem.

9. Skrip Yang Penuh Makna
[dropcap]B[/dropcap]agi Budiey, kata bual atau skrip LBS2 sangat ringkas, setiap lafaz dialog dan katanya ada makna. Takde nak berkias dan berbunga-bunga bagai. Mengutarakan persoalan tentang jiwa insan yang kehilangan insan tersayang dan tak sanggup untuk menghadapi kehilangan seterusnya. Scene pertemuan semula Kasyah dan Katerina sangat cantik walaupun dibuat dalam LRT.

“Awak perlukan baby-sitter ke?” – ujar Katerina.

Tak dapat dinafikan, skrip banyak beri peranan untuk membina mood penonton. Budiey faham, ada banyak benda yang kecil yang dipandang remeh tapi kadang-kadang yang remeh temeh itu yang membina mood penonton, betul tak?

Tidak klise dari segi lokasi dan mungkin ia sangat santai ditonton. Pengarah cukup teliti dalam mengupas konflik jiwa Katerina sangat cantik dan paling berkesan apabila ada penonton yang teresak menangis melihat air mata Farid Kamil jatuh meratapi nasib malang dirinya.

10. Percayalah, berbaloi!
[dropcap]B[/dropcap]udiey harap, jangan jadi terlalu kritikal menonton LBS2 kerana yang penting, anda mendapat layanan istimewa dengan lakonan mantap dari semua pelakon.

Cuma yang penting, ialah LBS2 lari dari kepompong tipikal filem Melayu yang meleleh atau cinta mengarut seperti kebanyakan filem.

Oh ya, Budiey nak ingatkan kat sini, jangan cepat beredar dari pawagam, ada bingkisan babak-babak menarik disiarkan untuk tatapan wajib bagi anda membuatkan anda menelan air liur untuk menonton Lagenda Budak Setan 3 yang akan ditayangkan pada tahun depan. Gara-gara dari trailer beberapa minit itu, dah cukup membuatkan Budiey tak sabar menonton kesudahan kronologi filem ini.

Akhir kata…

Itu sahajalah 10 sebab kenapa pembaca semua wajib tonton filem ni…

[dropcap]B[/dropcap]udiey tak mahu ceritakan klimaks ataupun konklusi Lagenda Budak Setan 2 Katerina sebab tak mahu rosakkan suspen anda. Eh! Dah sah-sah si penggemar novel Ahadiah Akashah ini dah tahu penamat cerita ini siang-siang, kan?

Itu lah yang Budiey rasa, filem ini wajib ditonton oleh penggemar dan pembaca setia novel ini. Memang wajib.

Kalau tanya Budiey, Lagenda Budak Setan 2 Katerina jauh lebih baik dari dan lebih entertaining dari filem LBS yang pertama.

Secara peribadi, its worth to watch this movie sekali lagi di pawagam.

Video Sekitar Sidang Media Majlis Prebiu Filem Lagenda Budak Setan 2

Lbs2

Lbs2

Lbs2

Lbs2

Lbs2

Lbs2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Reza Mohamad Dirasuk Di Party EH!?

Menangi Kereta Toyota Vios dalam Peraduan RM1,000,000 Money Drop Online