in ,

Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran SimplySiti Di Hati 2012

Budiey telah pun pulang dari menghadiri Pelancaran Kempen SimplySiti Di Hati 2012 yang diadakan di Hotel Berjaya Times Square, Jalan Imbi, Bukit Bintang pada jam 3 petang tadi. Cuaca hari ini agak mendung dan hujan di segenap jalan di Kuala Lumpur, sikit tak halang Budiey untuk keluar ke events.

[dropcap]S[/dropcap]eingat Budiey, kempen yang sama telah bermula pada 15 Disember tahun lalu dan ianya mendapat sambutan hebat dari pengguna SimplySiti dan peminat Siti Nurhaliza.

Budiey masih ingat lagi, tahun lepas SimplySiti bekerjasama dengan Watsons, AirAsia X, Yayasan IJN dan Merriot Putrajaya Hotel & Spa. Satu kejayaan telah dicipta oleh SimplySiti dengan tercapai hasrat untuk melihat kanak-kanak sakit jantung telah sembuh. Syukur Alhamdulilah.

[pullquote align=”right”]Budiey kira, ramai yang dah tahu tujuan kempen ini diadakan. Ianya adalah untuk mengumpulkan dana bagi membantu kanak-kanak yang memerlukan wang untuk menjalani pembedahan jantung.[/pullquote]

[dropcap]T[/dropcap]ahun ini, kempen yang merupakan satu tanggungjawab sosial korporat ini sekali lagi menemui peminat dengan program dan kempen yang lebih besar skalanya di mana Siti NUrhaliza bekerjasama dengan Yayasan IJN untuk membantu tiga orang kanak-kanak yang mengalami masalah jantung.

Berbanding empat lokasi tahun lalu, kali ini, Siti akan menjelajah ke 11 lokasi di seluruh semenanjung untuk menjayakan misi SimplySiti Di Hati 2012 bermula dengan Watson Semua House pada 30 November 2012 sehinggalah ke lokasi terakhir pada 27 Januari 2013 di Watson Alpha Angle.

Tahun ini juga, para peminat dapat mengikuti semua aktiviti Siti Nurhaliza buat tour dengan menonton saluran TV2 yang disiarkan setiap hari dalam rancangan Podium, jam 5 petang dan 10 malam.

Menurut Dato’ Siti Nurhaliza,

“Tahun ini, SimplySiti telah mengalu-alukan kerjasama dari pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang merupakan Rakan Penyiar Rasmi SimplySiti Di Hati 2012.”

Selain kerjasama dengan RTM, SimplySiti turut bekerjasama dengan rakan eksklusif Watsons, Yayasan IJN sebagai rakan CSR Rasmi, RTM dan Berjaya Hotels & Resort selaku hotel rasmi.

Dato’ Siti Nurhaliza menjemput pengguna SimplySiti untuk turut sama menjayakan kempen ini dengan menghadirkan diri di lokasi berdekatan yang akan menjanjikan keseronokan dan berpeluang bertemu bintang kesayangan mereka ini.

Nantikan video rakaman Budiey di events ini ya.

Gambar Terbaru Dato’ Siti Nurhaliza di Pelancaran SimplySiti Di Hati 2012

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kutipan Amal Artis & Selebriti Tabung Aman Palestin

Stephen Chow

Reza Mohamad Dirasuk Di Party EH!?