in ,

Review Galeri Ciumbuleuit Hotel di Bandung

Bandung sering menjadi tumpuan para pelancong asing khasnya rakyat Malaysia. Ini kerana kota terkenal Indonesia ini memang terkenal dengan pelbagai tempat membeli-belah serta tempat-tempat makan yang popular serta menyelerakan. Jarak Bandung dan KL yang hanya memakan masa dua jam dengan menaiki kapal terbang memudahkan lagi perjalanan para pengunjung dari Malaysia.

Master Bedroom Js

Oleh kerana itu, keperluan untuk tempat persinggahan dan penginapan di sini semakin meningkat. Walaupun semakin banyak hotel-hotel baru yang muncul di bandar ini, namun terdapat beberapa hotel di Bandung yang mempertaruhkan konsepnya yang tersendiri. Galeri Ciumbuleuit Hotel di Bandung merupakan salah satu hotel yang dimaksudkan.

Terbina di kawasan kediaman atas bukit Ciumbuleuit di Bandung, kedudukan strategiknya menyebabkan ramai yang memilih untuk bermalam di sini. Biarpun tidak lama bertapak di sini, kemudahan serta perkhidmatan yang ditawarkan hotel ini sangat utuh dan malah semakin bagus saban hari. Apalagi dengan senireka dalamannya yang seiring dengan gaya kontemporari hotel-hotel lain masa kini.

Yang lebih istimewa, hotel ini bukan sahaja menawarkan bilik-bilik dan suite seperti hotel-hotel lain yang lain tetapi tujuan utama mereka adalah untuk mewujudkan tempat tinggal dan bukan sekadar bilik biasa. Dengan konsep bilik serta pangsapuri, terdapat banyak pilihan untuk kemudahan para tamu. Ini diserikan lagi dengan perkhidmatan terbaik para pekerja hotel yang datang untuk mengemas seluruh suite seperti di hotel lima bintang yang lain.

Turut dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan lain seperti kolam renang, gymnasium, dan macam-macam lagi, hotel ini sering menjadi tumpuan para pelancong yang mahu bercuti di kawasan sekitar Bandung. Ini kerana hotel ini berdekatan dengan pusat-pusat membeli-belah dan tempat-tempat makan yang enak. Malah akses ke jalan utama di Bandung memudahkan para tamu untuk ke tempat-tempat penting di Bandung.

Soal menjamu selera juga bukanlah satu masalah kerana tersedia ajnas pilihan restoran dan tempat makan berdekatan hotel ini. Ini memudahkan tamu untuk menikmati pelbagai hidangan lazat tidak kiralah buat sarapan, makan tengah hari taupun makan malam.

Jadi sekiranya anda tercari-cari, hotel di Bandung dengan harga berpatutan (ataupun yang berkonsep seperti pangsapuri), pastikan Galeri Ciumbuleuit Hotel menjadi salah satu pilihan anda!

Ciumbuleuit - Jogging Track &Amp; Pool (2)_Resize

Ciumbuleuit Pool (1)_Resize

Outdoor Building

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Winner Crowned at Raaga Futsal Tournament

Hotel Review Lexis Port Dickson