in , ,

Respon Ogy Bila Jumpa Khir Rahman Di Lokasi Pengambaran

Pelakon dan penerbit, Fauziah Ahmad Daud menjelaskan bahawa hubungannya dengan pengarah Khir Rahman masih baik biarpun dirinya sebelum ini terpalit dengan isu tunggakan bayaran menerusi satu produksi teater yang diterbitkannya.

Menurut Fauziah atau lebih dikenali dengan panggilan Ogy, hubungan silaturahim antara mereka masih kekal terjaga sebagai rakan dalam satu industri.

“Kami sangat profesional, tak perlu nak putuskan silaturahim kerana saya berhutang dengan beliau.

“Saya bukan manusia yang sebegitu ya. Kami berlakon bersama kerana sudah tertulis ini rezeki kami berdua. Apa yang saya lalui itu bahagian saya,”

– Ogy
ogy khir

Dalam entri tersebut, Ogy turut memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya bersama-sama Khir ketika berada di satu set penggambaran.

Justeru menurut Ogy, dia meminta agar tiada pihak yang cuba mensensasikan isu hutang yang melibatkan antara mereka berdua sebelum ini.

“Saya bayar pun saya tak perlu nak maklumkan pada wartawan. Saya dan Khir corak pemikiran kami tak seperti ‘mereka’ yang harus berterusan nak berdendam, bermusuh.

“Kalau wartawan-wartawan online ataupun ada antara anda yang dok menghentam saya nak tolong bayarkan kan bagus,”

– Ogy

Terdahulu, Ogy dilaporkan gagal melunaskan bayaran kepada tenaga produksi teater Korupsi Dewan Semandung yang dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Februari lalu.

Bagaimanapun, Ogy kemudian tampil menjelaskan bahawa dirinya sedang berusaha mencari dana bagi melunaskan kesemua baki bayaran kepada kru produksi.

“Kami Sangat Professional. Tak Perlu Nak Putuskan Silaturahim. Kerana Saya Berhutang Dgn Beliau. Saya Bukan Manusia Yg Sebegitu Ya. Kami Berlakon Bersama Kerana Sudah. Tertulis Ini Rezeki Kami Berdua. Apa Yg Saya Lalui Itu Bahagian Saya Jadi..Wartawan2 Online Ni. Tak Perlulah. Nak Men”SENSASIKAN” Pasal Hutang. Saya Dgn Beliau. Saya Bayar Pun Saya Tak Perlu Nak. Maklumkan Pada.Wartawan.Saya Dan Khir Mind Set Kami Tak.Seperti “MEREKA” Yg Harus Terus2an.Nak Berdendam, Bermusuh.Kalau Wartawan2.Online Ataupun Ada.Diantara Anda Yg Dok Menghentam.Saya Nak Tolong Bayarkan.Kan Bagus”

– Ogy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Raya Aidiladha Penuh Bermakna di RTM Untuk Tahun 2020

Eyka Farhana & Fadlan Hazim Dalam Drama Bersiri DIA ADELIA Di TV2