in , , ,

Eyka Farhana & Fadlan Hazim Dalam Drama Bersiri DIA ADELIA Di TV2

Gandingan pelakon cantik Eyka Farhana dan Fadlan Hazim mengambil tempat sebagai watak utama drama bersiri dengan tajuk “Dia Adelia” yang menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 4 Julai ini, setiap Sabtu, pukul 10.30 malam di TV2.

Gandingan pelakon cantik Eyka Farhana dan Fadlan Hazim mengambil tempat sebagai watak utama drama bersiri dengan tajuk “Dia Adelia” yang menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 4 Julai ini, setiap Sabtu, pukul 10.30 malam di TV2.

Dalam 13 episod drama arahan Rahila Ali ini, perjalanan plot cerita turut dibantu watak penting yang lain menampilkan pelakon pembantu Azrel Ismail, Liza Abdullah, Riz Amin, Azar Azmi, dan Amyza Aznan.

Dia Adelia

Permulaan ceritanya penonton diperkenalkan dengan watak Gina rimas dengan sikap Irhan yang terlalu cerewet dan terlalu menjaga imej serta penampilannya. Pada masa sama Gina tidak selesa dengan tindakan ibu Irhan, Datin Rania yang sentiasa mengongkong pergerakan teman lelakinya itu.

Sementara itu di UK, Dia Adelia pelajar Malaysia di sana mula mempromosi pakej pelancongan yang ditawarkan pihaknya sebagai cara untuk mencari pendapatan tambahan bagi membantu kewangan ibunya di kampung. 

Irhan pula semakin resah apabila Gina tidak menjawab mesej dan panggilannya tanda protes dengan sikap dingin Datin Rania terhadap dirinya. Irhan terus memujuk ibunya, Datin Rania agar membenarkan beliau bercuti dengan Gina. Walau bagaimanapun Datin Rania tetap dengan keputusannya tidak membenarkan Irhan bercuti bersama Gina.

babak dalam Dia Adelia

Irhan kemudiannya memutuskan untuk menenangkan fikiran dengan bercuti ke UK berseorangan dan juga sebagai bukti yang beliau mampu berbuat demikian. Datin Rania mula risau kerana Irhan tidak pernah berjauhan dengannya.

Dalam pada itu, Gina sering meminta bantuan Refal apabila keretanya rosak dan Irhan tersalah anggap tentang situasi yang berlaku. Irhan menuduh Refal sebagai ‘musuh dalam selimut’. Namun Refal segera memperbetulkan kenyataan dirinya hanya membantu Gina. Irhan lega dengan alasan itu.

Irhan memaklumkan pada Datin Rania yang beliau telah tiba di destinasi percutian. Irhan mendapatkan khidmat Adelia sebagai pemandu pelancong sepanjang dirinya di UK. Namun pada masa sama Adelia turut membawa Razlan, Miss June dan Razi turut serta dalam pakej lawatannya. Ibunya sempat meninggalkan pelbagai pesanan buat Irhan.

Ketika itu juga Irhan memarahi Adelia kerana beliau pengsan selepas dibawa ke kawasan pelancongan yang agak seram dan menakutkan. Adelia menyalahkan dirinya namun Razlan segera menenangkan Adelia. Hubungan Adelia dan Razlan mulai berkembang dan rapat.

Sepanjang mengikuti percutian ke UK, Irhan banyak menimbulkan masalah hingga memeningkan orang-orang di sekelilingnya. Namun lawatan itu memberikan hikmah sebaliknya kepada Irhan kerana berjaya membuka hatinya untuk menitikberatkan soal ibadah dan solat berjemaah. Pengaruh baik itu dibawakan oleh kumpulan dari Malaysia yang dibawanya itu.

Miss June yang sentiasa bergaduh dengan Irhan sepanjang berada di sana mula berbaik-baik dengannya. Begitu juga dengan Adelia yang kemudiannya dilihat rapat dengan Irhan. Irhan mula serba salah bila Gina yang pernah memutuskan hubungan mereka muncul semula. Ia dibantah keras oleh Datin Rania kerana pada masa sama dia telah pun mempunyai calon isteri yang sesuai untuk Irhan.

Refal pula mendesak Irhan berbaik dengan Gina. Namun sebaliknya Irhan mahu berfikir panjang terhadap perkara tersebut apatahlagi bila mengenangkan hatinya kini telah berjaya dicuri oleh seseorang yang mula rapat dengannya. Hubungan Irfan dan Adelia semakin rapat sejak Irhan membantu menaja penginapan kumpulan mereka ketika di UK ketika penerbangan ke Malaysia tertunda.

Apabila tiba di Malaysia Miss June memperkenalkan Suraya, anaknya kepada Razlan. Razlan malu kerana salah sangka wanita itu mahu memikatnya sebaliknya dia berkenan Razlan menjadi menantunya. 

Razlan pula meminta Irhan supaya membantu Adelia yang berdepan masalah kewangan menaja kos pembedahan adik Adelia yang perlu dibedah segera. Irhan memenuhinya tetapi kemudiannya Datin Rania mengamuk bila mengetahui Irhan membantu Adelia. Berjayakan Irhan meyakinkan Datin Rania dengan pilihan hatinya? Bagaimana pula dengan Gina yang terus-terusan menagih cintanya kembali? Ikuti kesudahannya di TV2.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Respon Ogy Bila Jumpa Khir Rahman Di Lokasi Pengambaran

Program #HTV Hiburan Jer Kembali Untuk Musim Kedua