in , ,

Program Raya Aidiladha Penuh Bermakna di RTM Untuk Tahun 2020

Dalam suasana raya yang agak berbeza pastinya, Aidiladha yang disambut 31 Julai ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan kisah pengorbanan dan keikhlasan, sekaligus memperingatkan umat Islam agar bersedia dengan sebarang ujian.

Program Raya Aidiladha Penuh Bermakna di RTM 

Pelbagai cerita yang berhubung langsung dengan ibadah korban seharusnya menjadi pedoman kepada umat Islam betapa hidup di muka bumi ini menuntut pengorbanan, yang merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan.

RTM menyatakan erti sebenar keindahan dalam pengorbanan menerusi susunan program-program terbaik sepanjang sambutan Aidiladha ini menerusi platform tiga saluran utama siarannya, TV1, TV2 dan TV Okey.

Salam Baitullah 2020 Edisi ke-12 (mulai 18 Julai – 1 Ogos 2020, 9.00 malam)

Jenama Salam Baitullah yang diangkat sebagai program terbaik musim haji RTM kembali untuk musim ke-12 dengan pengisian yang memaparkan elemen baru yang dilengkapkan dengan pengisian tujuh segmen istimewa. Dengan tema Salam Baitullah, Suatu Kerinduan, program 15 episod ini, penonton berpeluang memenangi hadiah menerusi ‘Kuiz Harian dan Terkumpul’. 

artis yang menjayakan Konsert Jalan Firdausi

“Forum Perdana Ehwal Islam” (30 Julai ini, 10.00 malam)

Program yang tidak asing lagi ini disiarkan dengan tajuk khas ‘Korban Kasih’ menampilkan Moderator Ustaz Zakaria Othman muncul bersama-sama Dato’ Dr. Izhar Ariff Mohd Kashim dan Ustazah Asni Abu Mansor.

“Korban Jalil dan Jiman” (30 Julai ini, 10.05 pagi) 

Kisah pergolakan shabat baik, Jalil dan Jiman yang tidak sehaluan sejak 25 tahun lalu. Menjelang Aidiadha masing-masing bersaing mendapatkan haiwan korban yang mahal. Pelakon: Jalil Hamid, Kazar Saisi, Liza Abdullah, Amyza Aznan, Nina Iskandar, Isa Khan dan Ben Amir.

“Atuk, Aku & Jantan” (31 Julai ini, 10.05 pagi) 

Fikri terpaksa berbohong dengan kawan-kawannya tidak dapat bermain futsal bersama kerana sibuk menjaga kambing peliharaannya, Jantan. Kerana mahu melangsaikan hutang, Jantan terpaksa dijual dan ini menimbulkan kesedihan Fikri. Pelakon: Harith Haziq, Aiman Haziq, Rayyan Ho, Razak Ahmad dan Mona Allen.

“Rindu Tanpa Batas” (1 Ogos ini, 10.00 malam)

Kehidupan ibu tunggal yang cuba menyara kehidupan keluarganya dan pada masa sama menyimpan hasrat ingin menunaikan haji di Mekah. Pelakon: Sherie Merlis, Fimie Don, Elisya Sandha, Rahim Jailani dan Kodi Rasheed. 

“Ayah, Janganlah Diam” (31 Julai ini, 6.00 petang di TV1 dan 7.00 petang di TV2  dan 8.30 pagi, 2.15 petang dan 12.00 malam di TV Okey)

Drama terbitan Unit Drama TV RTM ini mengisahkan ayah tua mengajar anak lelakinya tentang kekuatan dalam menghadapi kehidupan. Pelakon: Bohari Ibrahim dan Aidil Rafiq. 

“Alfiat di Haramain” (23 – 29 Julai ini, 6.30 petang)

Program tujuh episod ini membawa penonton mengujungi beberapa lokasi pilihan di tanah suci seperti kilang kurma, perkampungan Badar, Muzium Al-Quran dan lain-lain. Turut dipaparkan Thaif dan Manasik Haji. 

“Ibrah Ibrahim” (31 Julai ini, 9.30 pagi)

Dokumentari khas terbitan JAKIM. 

“Mogirumo Aidiladha” (Kerja Kenduri Hari Raya Aidiladha) (31 Julai ini, 2.30 petang) 

Doku khas terbitan RTM Sabah ini memaparkan perpaduan dan persefahaman penduduk dari suku Dusun di Tambunan bergotong-royong membuat persiapan Hari raya Aidiladha. Ia juga turut meraikan bakal Haji yang sepatutnya berangkat ke Tanah Suci tahun ini tetapi ditunda ke tahun depan disebabkan oleh Covid-19.  

“Pesona XY” (1 Ogos ini, 11.05 pagi)

Program siaran langsung ini diterbitkan khas sempena sambutan Aidiladha. 

“Konsert Jalan Firdausi” (2 Ogos ini, 9.00 malam) 

Berhibur dengan konsert yang membariskan artis popular Siti Nordiana, Khai Bahar, Wany Hasrita, In-Team serta penampilan istimewa Adam Corrie, dan Datin Hajah Fauziah Gous.

“Irama Nurani” (31 Julai ini, 1.00 petang)

Program muzikal berkongsi pengalaman dan kisah pengorbanan empat artis iaitu Ziana Zain, Ameng Spring, Siti Nordiana dan Ippo Hafiz.

poster Janji 10 Zulhijjah

Telemovie “Janji 10 Zulhijjah” (31 Julai ini, 3.00 petang),

Kisah seorang ibu yang mempunyai dua orang anak lelaki yang berbeza perwatakan. Seorang menjadi samseng manakala seorang lagi merupakan doktor. Namun kedua-duanya memiliki sikap yang sama iaitu masing-masing mengabaikan ibu mereka dan melebihkan isteri masing-masing. Pelakon: Safura Yaacob, Wan Hanafi Su, Che Kem, Yujie, Ardell Ayana dan Jay Iswazir.

“Panggilan Haji” (31 Julai ini, 9.30 malam)

Ikuti ragam empat keluarga dalam persiapan mereka untuk menunaikan Haji. Ceritanya bermula dengan Hussin, seorang penghantar surat panggilan haji kepada empat keluarga tanpa menyedari surat itu bakal mengubah kehidupan mereka semua. Pelakon: Shaharul Ridzwan, Aishah Atan, dan Puteri Sarah Liyana.

“Haji Backpacker” (1 Ogos ini, 10.30 malam)

Filem Indonesia ini mengisahkan Mada telah berhijrah ke negara lain kerana berputus asa dengan ketentuan Allah namun pelbagai peristiwa terjadi menyebabkan Mada bertaubat. Pelakon: Abimana Aryasatya, Laudya Cynthia Bella dan Dewi Sandra.

“Muslim Footstep” (mulai 30 Julai ini, setiap hari, 6.00 petang) 

Travelog Inggeris 13 episod ini membawakan perjalanan Anwar Afiq ke luar negara seperti Hungary, Jerman dan Amsterdam. Program ini memberi panduan kepada pelancong khasnya yang beragama Islam. 

telemovie Al-Fatihah di TV Okey

“Al Fatihah” (31 Julai ini, 8.00 malam)

Mengisahkan Iskandar, anak yang bermasalah dalam pembelajaran. Setelah kematian ibu dan bapanya, Iskandar dijaga oleh neneknya, Wan Mala. Pelbagai dugaan terpeksa dihadapi oleh mereka kerana dendam Wak Yem yang beranggapan Shah (menantu Wan Mala) sebagai penyebab kematian anaknya. Pelakon: Shazman Isaac, Aripah Damanhuri, Firdaus Karim, Ken Ridzuan, Azman Hassan dan Han Zalini.

“5 Hari 3 Dusta” (1 Ogos ini, 8.00 malam)

Rangkuman tiga kisah berlainan situasi yang penuh konflik, kasih sayang dan keinsafan. Kisah hidup Shida, seorang janda termakan pujukan bekas suaminya namun akhirnya kecewa. Manakala Muzafar seorang pekerja yang dijanjikan kenaikan pangkat jawatan tetapi akhirnya kecewa kerana ditipu. Dan kisah ketiga tentang Wan Hashim yang hilang kepercayaan terhadap anaknya yang lebih percayakan teman lelakinya. Pelakon: Sherry Ibrahim, Azhan Rani, Kazar Saisi, Zarynn Min dan Qazem Nor. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Tonton Drama Siri Inggeris Sains Fiksi, HUMANS di TV2

Respon Ogy Bila Jumpa Khir Rahman Di Lokasi Pengambaran