in ,

Resorts World Genting Raikan Ramadan Dengan Menyantuni Anak Yatim

Resorts World Genting (RWG) meraikan 25 orang anak-anak yatim dari Rumah Titian Kaseh dalam sebuah majlis berbuka puasa yang Istimewa di Resorts World Awana (RWA).

Komitmen tanggungjawab sosial korporat kali ini melibatkan Genting Green Generation (G3), sebuah inisiatif sukarelawan kakitangan RWG yang memberi tumpuan kepada pemuliharaan alam sekitar. Majlis ini menggabungkan perpaduan antara budaya sambutan Ramadan dan usaha kelestarian sempena Earth Hour. 

Anak-anak ini dihidangkan dengan pelbagai sajian Pantai Timur yang menyelerakan dan lazat di Jom Makan Awana. Mereka ternyata gembira menikmati hidangan istimewa dan mempesonakan seperti Kambing Bakar, Ayam Percik, Sup Aneka, Rendang Tok, Singgang Kelantan, Ayam Cincalok, Urab Nangka dan pelbagai jenis kuih tradisional Melayu.

Resorts World Genting Raikan Ramadan Dengan Menyantuni Anak-anak Yatim

Sebelum jamuan berbuka puasa, anak-anak berusia dari 5 hingga 17 tahun ini menyertai aktiviti-aktiviti bermakna yang disediakan. Aktiviti tersebut adalah menanam anak pokok di Taman Herba RWA dan menjelajah Awana Trail, di mana mereka berpeluang mempelajari dan mengetahui kepelbagaian flora dan fauna di kawasan Genting Highlands bersama-sama sukarelawan G3.

Seterusnya, anak-anak ini mempamerkan bakat seni masing-masing melalui cetakan tangan, diikuti dengan nyalaan lilin bersama sukarelawan G3 sebagai simbolik pemuliharaan alam sekitar sempena sambutan Earth Hour.

Resorts World Genting Raikan Ramadan Dengan Menyantuni Anak-anak Yatim

Sebagai tanda ingatan lawatan ke RWG, setiap anak menerima duit raya dan beg cenderahati yang mengandungi anak patung siamang, buku aktiviti Genting Highlands Heroes dan kit seni pasir. Sumbangan ini disempurkan oleh Dato’ Sri Kay Atisha Parasuraman, Naib Presiden Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam, Dato’ Sri Kay Atisha Parasuraman. Turut hadir ialah Encik Khew Choon Teck, Naib Presiden Resorts World Awana,

Resorts World Genting Raikan Ramadan Dengan Menyantuni Anak-anak Yatim

“Kami amat berbesar hati dapat memberikan peluang kepada anak-anak dari latar belakang yang kurang bernasib baik untuk menikmati aktiviti alam sekitar yang menyeronokkan dan berbuka puasa dalam suasana tenang dan nyaman di Resorts World Awana pada Ramadan kali ini,” kata Dato’ Sri Kay.

“Kami amat bersyukur dan menghargai jemputan daripada RWG pada hari yang indah ini. Anak-anak kami ternyata amat gembira dapat berbuka puasa dengan hidangan buffet yang lazat di tempat percutian tropika sebegini,”

– Puan Siti Nor Ajlaa Hashim, Ketua Pentadbiran Rumah.

RWG tetap kukuh dengan komitmennya dalam memberikan impak positif dengan melibatkan diri dan menyokong pelbagai segmen di dalam komuniti sekeliling. 

Resorts World Genting Raikan Ramadan Dengan Menyantuni Anak-anak Yatim

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alamanda Putrajaya Raikan Anak Anak Yatim Menjelang Hari Raya Aidilfitri

HONOR Magic6 Pro Kini Mula Dijual di Seluruh Negara Pada 28 March!