in , ,

Alamanda Putrajaya Raikan Anak Anak Yatim Menjelang Hari Raya Aidilfitri

Untuk menyebarkan keceriaan Hari Raya, Pusat Beli Belah Alamanda menjemput beberapa anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik dari Pertubuhan Warisan Suci, Kajang untuk membeli-belah persiapan Hari Raya pada 26 Mac 2024 sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Kanak-kanak yang berusia sehingga 6 tahun itu tiba bersama Pengurus Pertubuhan Warisan Suci, Puan Siti Khadijah Nadzri, disambut mesra Pengurus Besar Pusat Beli Belah Alamanda, Junaidy Jamaludin.

Alamanda Putrajaya Raikan Anak Anak Yatim Menjelang Hari Raya Aidilfitri

Pihak pengurusan Alamanda kemudiannya membawa kanak-kanak tersebut membeli-belah sepasang kasut raya dan sut baju raya. Majlis menjadi lebih bermakna apabila kanak-kanak tersebut diberikan duit raya.

Semasa berbuka puasa, anak-anak yatim tersebut tidak dapat menahan kegembiraan serta kesyukuran kerana dibenarkan memilih apa sahaja yang mereka mahu dari menu makanan.

“Sebagai satu-satunya pusat membeli-belah di Putrajaya, kami menyedari keperluan untuk memainkan peranan penting dalam melibatkan diri dan menyokong masyarakat secara aktif terutamanya kanak-kanak yang tidak bernasib baik.

Walaupun beraya di samping rakan-rakan dan keluarga adalah penting, kita mesti sentiasa mengingati bahawa tidak ramai yang mempunyai keistimewaan ini. Sehubungan itu, kami berbesar hati untuk berkongsi kemeriahan Hari Raya bersama anak-anak Pertubuhan Warisan Suci.”

– Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan
Alamanda Putrajaya Raikan Anak Anak Yatim Menjelang Hari Raya Aidilfitri

Pengurus Pertubuhan Warisan Suci, Puan Siti Khadijah Nadzri berkata, “Sebagai penjaga kepada anak-anak, kami berterima kasih kepada Pusat Beli Belah Alamanda kerana telah memberikan kegembiraan kepada anak-anak ini dan memberi mereka peluang menyambut bulan Syawal dengan penuh kegembiraan. Layanan istimewa daripada pihak Alamanda ini begitu bermakna untuk kami terutama kepada kanak-kanak ini.

Pertubuhan Warisan Suci ialah rumah kebajikan yang menyediakan tempat perlindungan kepada kanak-kanak yang memerlukan terutamanya anak yatim.

Alamanda Putrajaya Raikan Anak Anak Yatim Menjelang Hari Raya Aidilfitri
Alamanda Putrajaya Raikan Anak Anak Yatim Menjelang Hari Raya Aidilfitri
Alamanda Putrajaya Raikan Anak Anak Yatim Menjelang Hari Raya Aidilfitri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kepadamu Kekasih Simfoni Ramadan, Satukan Hattan & Jamal Abdillah

Resorts World Genting Raikan Ramadan Dengan Menyantuni Anak Yatim