in

Remy Ishak Bergaduh Dengan Ummi Nazeera

Tragedi pelakon drama Nur Kasih, Remy Ishak dibelasah cukup-cukup di bilik persalinan, Istana Budaya masih menjadi isu hangat. Ramai yang tanya, mengapa Remy Ishak dipukul? Ada yang kata, pergaduhan berlaku ada kena mengena dengan kekasihnya Umie Nazeera. ini mungkin juga sebab Remy Ishak playboy dan tak kurang ada yang kata, Remy Ishak terlibat dengan gengster. Macam-macam spekulasi dibuat oleh orang ramai. Imej Remy Ishak tercalar. Akhirnya, Remy Ishak telah tampil untuk buat pendedahan yang mengejutkan.

3653509163 A8F3D6Befc | 4

Remy Ishak

Yang pasti hubungan Remy Ishak dengan kekasihnya Ummi Nazeera dah pun putus. Ini kata Remy:

Saya sudah tidak ada apa-apa hubungan dengan dia lagi. Dia ada menghubungi saya dan meminta maaf atas apa yang berlaku. Saya boleh maafkan apa yang telah berlaku, cuma cukup setakat ini sahaja. Saya tak mahu pisang berbuah dua kali. Saya juga ada maruah diri dan dalam masa yang sama perlu menjaga maruah keluarga. Cukup semuanya berakhir di sini sahaja.

4180708795 7B3F2713Fb O | 5

Ummi Nazeera

Ini dia kronologi tragedi Remy Ishak dipukul

4 Disember 2009
Selesai sahaja pementasan teater Natrah, Ummi Nazeera meminta untuk berjumpa Remy Ishak. Remy Ishak pergi ke kondominium Ummi Nazeera & berjumpa di bawah. Berlaku salah faham antara Remy Ishak & Ummi Nazeera dalam pertemuan tersebut. Remy Ishak mendakwa Ummi Nazeera ada ambil ‘benda’ yang membuat Remy Ishak naik marah. Remy Ishak mencampak telefon bimbit Ummi Nazeera. Pertengkaran terus berlaku. Atas rasa bersalah, Remy Ishak minta maaf & berjanji akan mengganti telefon bimbit Ummi Nazeera yang dirosakkan. Ummi Nazeera seperti hilang akal menumbuk, menyepak & menendang Remy Ishak. Remy Ishak berusaha untuk mengelak & salah satu tepisan terkena muka Ummi Nazeera. Cincin di tangan Remy Ishak menjadi punca kesan bengkak di’pipi Ummi Nazeera.

5 Disember 2009
Remy Ishak dipukul di Istana Budaya. Remy Ishak juga mendakwa orang yang datang memukul beliau adalah orang upahan keluarga Ummi Nazeera sendiri.

Apa sahaja yang berlaku, semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Tea Party Glow & Glamour di Amcorp Mall

Sekitar Makan Malam Astro Bersama Media