in , ,

Reen Rahim Sah Bergelar Isteri Kepada Hazim Zainal Dengan Sekali Lafaz

Tahniah & selamat pengantin baru diucapkan buat pelakon Reen Rahim yang selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim dengan sekali lafaz kira-kira jam 9.05 malam tadi di Boraombak Marina, Putrajaya.

Dengan sekali lafaz, pelakon Reen Rahim atau nama sebenarnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, selamat bernikah dengan ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, 28, pada jam 9.05 malam tadi.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim.

Pada majlis tersebut, Reen menerima mas kahwin sebanyak RM1,988 serta set barangan kemas serta lima dulang hantara yang turut sama dibalas oleh pengantin perempuan.

Difahamkan, pasangan pengantin itu bakal diraikan dalam satu majlis resepsi yang akan diadakan di Ruscus Hall Forest Valley, Cheras esok. 

Sebelum ini, Reen meluahkan rasa syukur mendapat penajaan sebanyak RM15 juta dalam pelbagai bentuk untuk ketiga-tiga majlis perkahwinanya nanti.

Reen turut berkongsikan dia sudah pun mengikat tali pertunangan dengan jejaka berusia 28 tahun itu pada Ogos lalu namun merahsiakannya atas permintaan keluarga.

Reen Rahim Sah Bergelar Isteri Hazim Zainal Dengan Sekali Lafaz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Big Bad Wolf Books

Big Bad Wolf Books & Yayasan KRU Bergabung Promosi Budaya Baca Buku

Senarai Video & Youtuber Popular Malaysia Pada Tahun 2022