in , ,

Senarai Video & Youtuber Popular Malaysia Pada Tahun 2022

Mari luangkan masa untuk mengenali dan meraikan para pencipta, artis dan video-video yang menggambarkan imaginasi kolektif peminat di Malaysia.

YouTube kekal sebagai peneman tetap kepada jutaan orang yang menavigasi keadaan kian berubah pada tahun 2022 di mana para penonton kini paling banyak berhubung bersama para pencipta dan artis yang menghasilkan kandungan merentas pelbagai format – daripada video atas permintaan, kandungan bentuk pendek, kepada siaran secara langsung.

Peningkatan kepelbagaian kandungan dan cerita yang memikat hati para penonton di YouTube adalah bukti bagaimana penggunaan video telah benar-benar berkembang. 

Mari luangkan masa untuk mengenali dan meraikan para pencipta, artis dan video-video yang menggambarkan imaginasi kolektif peminat di Malaysia.

Tahun ini, kompilasi mukbang makan gula-gula bertemakan warna oleh DONA menduduki tempat pertama dalam senarai Video Paling Sohor Kini. Di tempat kedua adalah kejutan Ammar Nazhan terhadap kemunculan semula bekas ahli kumpulan mereka yang membuatkan para penonton sebak, dan video Alieff Irfan ketika mendedahkan kehamilan isterinya telah disenaraikan di tempat ketiga.

Berikut merupakan senarai video paling sohor kini di Malaysia sepanjang 12 bulan yang lalu:

Video Paling Sohor Kini di Malaysia

1. DONA 도나

Red VS Blue Food Dessert Mukbang 빨간색 파란색 디저트 먹방 DONA 도나

2. Ammar Nazhan

TALENT BARU AM KALI NI !! – KEJUTAN PALING BESAR UNTUK TEAM ! 

3. Alieff Irfan

BELLA AKHIRNYA MENG4NDUNG !!! SUPRISE ALIEFF MENANGIS DAPAT TAHU BERITA INI…

4. Milo Ices

WEH, AKU SUKA KAU DALAM BAHASA JEPUN APA DO😳

5. Mr.Heang Update

100 Days Building A Modern Underground Hut With A Grass Roof And A Swimming Pool

6. Astro Gempak

Sepahtu Reunion LIVE 2022 –  EP1

7. beIN SPORTS Asia

Real Madrid 3-1 Manchester City  | Champions League 21/22 Match Highlights

8. Astro Arena

JDT 2 – 1 Ulsan Hyundai  | AFC Champions League

9. Elfie Studios

SUMPAH KETAGIH! MUKBANG SUSU PUDING KOTAK VIRAL HERSHEY’S, BANANA BINGGRAE, MILO (mukbang Malaysia)

10. Stadium Astro

EPL Highlights: Manchester United 2 – 1 Liverpool | Astro SuperSport

Senarai Kandungan ‘Shorts’ Paling Popular pertama kami menunjukkan bahawa apabila ia berkaitan dengan kandungan bentuk pendek, kandungan yang menyenangkan adalah yang paling digemari, sama ada komedi sketsa atau helah visual yang memukau. 

Di tempat pertama, kami mempunyai tiga rakan Australia yang menarik perhatian penonton dengan idea keseronokan mereka menggunakan alatan kuasa tinggi, diikuti dengan tinjauan jalanan komedi PANDA BOI, dan persembahan Cheeky Boyos tentang seorang adiwara yang panas baran tetapi suka menghulurkan bantuan masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga. 

Kucing That Little Puff yang melakukan perkara yang memuaskan hati juga menarik perhatian penonton manakala lakonan semula Jay & Sharon tentang apa yang berlaku di antara ruang tengah kereta dan tempat duduk anda menarik para penonton ke dalam satu dunia baharu.

Lebih banyak skit komedi termasuk reaksi itsmeissie terhadap video-video yang selalu ditonton dan Enaldinho yang melakukan cabaran ‘tidak berkelip’ bersama rakan-rakannya. 

Kandungan video pendek lain yang dimasukkan ke dalam senarai ialah 10 helah iPhone oleh That’s Amazing Shorts, video solekan Paula Wolf Shorts Official dan eksperimen Shangerdanger memecahkan telur di dasar laut sedalam 45 kaki.

Kandungan Shorts Paling Popular di Malaysia

1. How Ridiculous

Power Tools Racing Is INTENSE!!

2. PANDA BOI

Iphone Or Super Cute Robot? #shorts 

3. Cheeky Boyos

We Met Hulk in Real Life #Shorts

4. That Little Puff

Oddly satisfying 🤪🤪🤪 Kids don’t try at home #thatlittlepuff  #Puffanythingyoulike #catsofyoutube

5. That’s Amazing Shorts

Top 10 iPhone Trick Shots

6. Jay & Sharon

That GAP Between Your Car Seat and Center Console

7. Paula Wolf Shorts Official

Paulas Makeup Mix 2021 😍💜

8. itsmeissie

KOMPILASI VIDEO REACTION #part4 WKWKWK KETAWA GA? XD #shorts #ngakak #reaction

9. Enaldinho

DESAFIO DO PLÁSTICO FILME MAIS NOJENTO DE TODOS PT. 5 #shorts

10. Shangerdanger

Diver Cracks Egg at 45 ft Deep #Shorts

Untuk muzik pula, penyanyi Indonesia Raffa Affar yang semakin meningkat namanya menerajui carta dengan “single” sulungnya Cinta Sampai Mati manakala dua lagi penyanyian semula lagu olehnya turut ditampilkan: Tiara (asalnya dinyanyikan oleh kumpulan Malaysia, Kris) dan Hal Hebat (sebuah lagu oleh kumpulan Indonesia, Govinda).

Lagu terbaru daripada kumpulan wanita K-pop Blackpink, iaitu Pink Venom, dan lagu pop Left and Right nyanyian Charlie Puth yang menampilkan Jung Kook dari BTS, merupakan antara lagu-lagu yang popular apabila kedua-duanya turut tersenarai. 

Lagu antarabangsa lain termasuk lagu dari India selatan, Arabic Kuthu dan Tak Ingin Usai nyanyian Keisya Levronka. 

Sementara itu, lagu hit tempatan Casablanca oleh Nuha Bahrin dan Naufal Azrin semakin mendapat tempat di hati pendengar, di samping kumpulan 3P dan adik-beradik Kuan — Jestinna, Christinna dan Perry.

Video Muzik Paling Popular di Malaysia

1. RAFFA BADRI29

Raffa Affar – Cinta Sampai Mati (Official Music Video) 

2. RAFFA BADRI29

Hal Hebat – Govinda ( cover by raffaaffar ) 

3. BLACKPINK 

BLACKPINK – ‘Pink Venom’ M/V

4. Masyhur

Nuha Bahrin, Naufal Azrin – CASABLANCA (Official Music Video) 

5. Sun TV

Arabic Kuthu | Halamithi Habibo -Lyric Video| Beast| Thalapathy Vijay| Sun Pictures| Nelson| Anirudh

6. RAFFA BADRI29

Raffa Affar – Tiara (Dipopulerkan Oleh Kris)

7. Charlie Puth

Charlie Puth – Left And Right (feat. Jung Kook of BTS) [Official Video]

8. 3P

3P – ‘HU ELSE’ (Official Music Video)

9. KeisyaLevronkaVEVO

Keisya Levronka – Tak Ingin Usai (Official Lyric Video) 

10. Jestinna Kuan

Jestinna Kuan, Mskuan & Perry K – 虎年新年到 [Official MV]

Alieff Irfan yang sering memastikan penontonnya terlibat melalui video yang menyeronokkan dan menarik, merupakan pencipta kandungan paling popular Malaysia di YouTube pada tahun 2022, manakala Ammar Nazhan, seorang lagi pencipta kandungan popular, menduduki tempat kedua. 

Selain dua wajah yang terkenal ini dalam senarai 10 teratas, terdapat juga ramai pendatang baru yang telah menjangkau penonton merentasi pelbagai format video. Berikut ialah senarai penuh 10 pencipta kandungan YouTube paling popular di Malaysia.

Pencipta Kandungan Paling Popular di Malaysia

1. Alieff Irfan

2. Ammar Nazhan

3. Zhong

4. AI Boyyraa

5. NichLmao

6. AI Aniq

7. AI El Riss 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

REEN RAHIM NIKAH

Reen Rahim Sah Bergelar Isteri Kepada Hazim Zainal Dengan Sekali Lafaz

“Saya Sangat Hargai Insan Bernama Ungku Ismail,” – Nad Zainal