in , ,

Rebut Wang Tunai & Hadiah Bonus Berjumlah RM50,000 Menerusi Hujan Duit Suria

Bermula 6 September hingga 15 Oktober 2021 ini, jangan lepaskan peluang untuk merebut sebahagian wang tunai dan pelbagai hadiah bonus menarik berjumlah RM50,000!

Senang sahaja caranya! Dengarkan klip audio “Hujan Duit Suria” di dalam lagu-lagu yang dimainkan dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam dan kenal pasti tajuk lagu dan nama penyanyinya. Selepas mendengarkan isyarat memanggil, hantarkan butiran peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat emel dan #HujanDuitSuria ke WhatsApp Suria 017-8961053. 

Chit Chat Suria 6- 10 Sept

Penyampai Suria pada waktu tersebut akan menghubungi penghantar WhatsApp ke-8 dan mereka perlu memberikan jawapan nama tajuk lagu dan nama penyanyi dengan tepat dalam masa 10 saat. 

Setiap jawapan yang betul akan membawa pulang wang tunai RM100 dan sekiranya jawapan yang diberikan adalah salah, wang akan digandakan ke segmen seterusnya. Bukan itu sahaja, pemenang juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah elektronik berjenama di waktu bonus. 

Bermula pada 30 Ogos hingga 15 Oktober ini juga, berhibur di rumah dengan menyaksikan gelagat penyampai Suria dan rakan selebriti berbual mengenai perkembangan terbaru rakan selebriti menerusi Instagram (IG) Live Chit Chat Suria setiap Isnin, Rabu dan Jumaat pada jam 9.30 malam di Instagram Suria Malaysia.  

Team Pagi Suria

Antara barisan selebriti yang akan memeriahkan adalah Siti Nordiana, Naim Daniel, Amyra Rosli, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Lan Solo, Dato Hattan, Amir Masdi, Aina Abdul, Daiyan Trisha, Haqiem Rusli, Shuib Sepahtu, Wany Hasrita dan ramai lagi. 

Layari laman web suria.my dan akaun media sosial Suria Malaysia untuk maklumat lanjut. 

Kekal dirumah dan tetap berhibur bersama Suria Malaysia dengan memuat turun dan melanggan aplikasi Suria Malaysia di App Store dan Google Playstore. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

OBTV Program Hiburan Socialtainment, Tumpu Kisah-kisah Viral Yang Menarik

Bantuan Khas Covid Sudah Diterima, Ini Jumlah Sepatutnya Mereka Dapat