in ,

Bantuan Khas Covid Sudah Diterima, Ini Jumlah Sepatutnya Mereka Dapat

Alhamdulillah, bantuan RM500 yang diterima ini dapat saya gunakan untuk menampung perbelanjaan kami lima beranak,” kata penerima Bantuan Khas Covid-19 (BKC), Rosdi Hassan.

Rosdi, 38, yang bekerja sebagai nelayan menyifatkan bantuan itu tiba tepat pada masanya kerana dia sudah lama tidak ke laut bagi menangkap ikan berikutan menjalani kuarantin kendiri, bulan lalu.

“Saya bersama isteri dan tiga anak berusia empat, enam dan 12 tahun menjadi kontak rapat kakak ipar yang positif Covid-19.

“Ketika itu, kami menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari di rumah, menyebabkan saya tidak ke laut, sekali gus pendapatan pun agak terjejas,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Kota Bharu di sini, hari ini.

Rosdi yang menetap di Jalan PCB di sini, mengakui sepanjang tempoh pandemik, dia sekeluarga kerap menerima bantuan daripada pelbagai pihak terutama bakul makanan dan sangat bersyukur dengan keprihatinan itu.

Seorang lagi penerima BKC, Siti Nur Syazwani Mohd Azman, 21, dari Guchil Bayam di sini, berkata, dia mula mengambil upah memotong rumput di rumah penduduk sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac 2020.

Sebelum ini katanya, dia mengasuh dua kanak-kanak tetapi pendapatannya terjejas disebabkan pandemik Covid-19.

“Saya menghidap penyakit buah pinggang kronik dan tidak boleh kerja berat, jadi saya sukarela membantu suami yang bekerja sebagai tukang rumah dengan melakukan pekerjaan itu.

“Alhamdulillah, bantuan BKC hari ini dapat digunakan untuk menampung keperluan kami suami isteri,” katanya yang turut menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM250 sebulan.

ROSDI gembira mendapat Bantuan Khas Covid-19 (BKC) sebanyak RM500 ketika ditemui di perkarangan Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Kota Bharu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri sebelum ini memaklumkan, sejumlah RM3.1 bilion disalurkan kepada institusi perbankan bagi bayaran BKC dengan proses pengkreditan Fasa l bermula 6 hingga 10 September ini.

Harap pemberian BKC ringankan beban rakyat – PM

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap pengkreditan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) bagi Fasa Satu bermula esok sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat Covid-19.

Menerusi hantaran di laman Facebook beliau hari ini, Ismail Sabri berkata, dana berjumlah RM3.1 bilion sudah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan untuk pembayaran BKC.

“BKC ini akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang memfokuskan kumpulan sasar terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan,” katanya.

Pada Rabu, Ismail Sabri berkata, beliau mengambil maklum isu kelewatan bayaran BKC yang sepatutnya dilaksanakan bulan lepas dan berikutan itu, telah mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran.

Beliau juga berkata, kerajaan kini melaksanakan rangsangan ekonomi rakyat dan negara melalui inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).

“Besar harapan saya untuk memastikan usaha ini berjaya demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya.

Cara untuk buat semakan

Semakan status BKC boleh dibuat melalui portal https://bkc.hasil.gov.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amyra Rosli | 23

Rebut Wang Tunai & Hadiah Bonus Berjumlah RM50,000 Menerusi Hujan Duit Suria

Gadgetmodel Hiasan | 24

Latif Romly Atlet Pertama Raih Ganjaran Lebih Dari Satu Juta