in , ,

OBTV Program Hiburan Socialtainment, Tumpu Kisah-kisah Viral Yang Menarik

Sejak mula dilancarkan pada Januari lalu, program hiburan OBTV terbitan REV Media Group (RMG) (sebahagian daripada kumpulan Media Prima) antara yang mendapat sambutan penonton.

OBTV adalah sebuah program kapsul hiburan socialtainment berdurasi 5 minit yang berkongsi kisah-kisah viral dan berita-berita menarik sepanjang minggu dari hiburan, gaya hidup dan banyak lagi. Nama OBTV diambil dari laman socialtainment nombor satu Malaysia, OHBULAN! atau secara ringkasnya, OB.

OBTV mula bersiaran pada 1 Januari 2021, setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad pada jam 7.55 malam secara eksklusif di TV9. Namun, sejak 1 Ogos 2021, waktu siaran telah ditukar menjadi 6.55 petang.

Banner

Telah pun bersiaran selama lebih 34 minggu, barisan penyampai OBTV terdiri daripada bakat dalaman RMG yang cukup bertenaga iaitu Nasha Nazari, Shafika Suhaimi, Danial Nawawi, Ash Nordin, Najmi Suhaimi dan Petchmono yang memberikan sentuhan lebih bersahaja dan segar. 

“OBTV merupakan sebuah program berbentuk hiburan yang agak berbeza dengan program hiburan sedia ada seperti Mbuzz. Berita-berita menarik dan kisah viral diambil dari seksyen ‘Kini Trending’ yang ditulis oleh penulis-penulis di laman portal OHBULAN! sendiri,”

– Ash Nordin, penerbit OBTV.

Jelasnya lagi, terdapat beberapa pembaharuan yang dilakukan sepanjang OBTV bersiaran ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Selain waktu siaran yang telah ditukar, rakaman juga telah dilakukan di rumah masing-masing sehingga keadaan kembali selamat dan pulih untuk berada di studio.

“Kami merasa bangga kerana jenama OHBULAN! kini sudah berada di kaca tv dan mendapat sambutan yang membanggakan. Keputusan kami memilih untuk menggunakan internal talents sebagai penyampai juga membuktikan bahawa mereka bukan hanya sebagai pekerja yang berdedikasi, tetapi juga berbakat untuk menjadi seorang penyampai tv,”

– Noraniza Azmi, Ketua Bahagian Tajaan Kandungan Melayu, RMG. 

Memaparkan kisah-kisah viral dan berita menarik terkini dalam program socialtainment, OBTV bersiaran pada setiap hari Jumaat hingga Ahad di TV9, jam 6.55 petang selama 5 minit. 

OBTV juga boleh ditonton secara dalam talian di www.tonton.com.my pada hari yang sama atau tonton siaran ulangan di laman YouTube OHBULAN OFFICIAL dan Facebook OHBULAN!.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shukri Yahaya | 23

iQiyi Menawarkan Langganan Percuma untuk Rakyat Malaysia Sempena Kemerdekaan

Amyra Rosli | 24

Rebut Wang Tunai & Hadiah Bonus Berjumlah RM50,000 Menerusi Hujan Duit Suria