in , ,

Ulasan Ringkas HUAWEI nova 8i & HUAWEI Freebuds 4

Dalam posting kali ini Budiey nak rebiu secara ringkas produk terbaru dari Huawei . Ada dua produk iaitu HUAWEI nova 8i dan HUAWEI FreeBuds 4.

Budiey dah guna Huawei nova 8i dan HUAWEI FreeBuds 4 ni lebih kurang seminggu dah. Apa yang Budiey dapat katakan, spesifikasi memang baik. Ada ciri ciri yang menarik dan yang penting rekaan dia memang ada gaya. Budiey suka dia punya bateri. Sekali caj, boleh tahan dalam satu hari. Okay sekarang kita pergi satu persatu ok. 

HUAWEI nova 8i merupakan sebuah peranti kelas pertengahan daripada HUAWEI yang dilengkapi dengan pelbagai ciri menarik yang tidak terdapat pada telefon pintar yang lain. 

Berikut merupakan ciri menarik yang tersedia pada model terbaru HUAWEI ini. Bezel pada fon ni sangat nipis.

Reka bentuk dia. Design bulatan pada kamera ni bukannya baru. Belakang ni plastik. Panel belakang melengkung. so masa pegang kita akan rasa selesa. Ada sensor cap cari atas butang. port usb type c. slot simcard, boleh masuk dua simcard. 

1. Super Screen

Huawei nova 8i ini dilengkapkan dengan skrin 6.67-inci FHD+. Untuk model ini dilengkapi dengan sokongan SuperVision di mana 95.7% paparan hadapan ini dipenuhi dengan skrin lengkung 4D sekaligus membuatkan pengalaman pengunaan lebih selesa tanpa gangguan. Teknologi yang tersedia pada paparan ini cukup untuk membuatkan model ini tampak moden dan releven untuk kegunaan para pengguna dalam jangka masa yang panjang.

2. SuperCharge

Sebuah lagi ciri yang ditawarkan pada model ini adalah sokongan HUAWEI SuperCharge membolehkan HUAWEI nova 8i menyokong pengecasan pantas sehingga 66W. Menariknya, HUAWEI pada kali ini tampil berbeza daripada kebiasaan dengan menawarkan pengecasan bersama pembelian HUAWEI nova 8i. Pengecasan menerusi HUAWEI SuperCharge ini mampu meningkatkan bateri 4,300mAh HUAWEI nova 8i daripada 0% kepada 100% dalam tempoh 38 minit sahaja. Pantas bukan?

3. Super Camera

Meskipun HUAWEI nova 8i merupakan sebuah peranti kelas pertengahan, jenama ini nampaknya turut memberi fokus kepada aspek kamera seakan peranti flagship. Pada model ini, HUAWEI telah melengkapkan empat kamera pada bahagian belakang di mana kamera utama ditawarkan dengan sensor 64-megapixel. Kamera lain yang tersedia terdiri daripada lensa 8-megapixel ultra lebar, 2-megapixel depth camera dan 2-megapixel macro camera. Sokongan night mode membolehkan anda mendapatkan gambar yang jelas dan terang pada keadaan malap menerusi kamera hadapan mahupun belakang. Hari tu, budiey cuba rekod vlog kat Taman KLCC, jom kita tengok mutu terbaik dari Huawei Nova 8i ni. 

HUAWEI nova 8i Taman KLCC
HUAWEI nova 8i Taman KLCC
HUAWEI nova 8i Taman KLCC
HUAWEI nova 8i Taman KLCC

HUAWEI nova 8i dijual pada hargaRM 1, 299.

HUAWEI FreeBuds 4

Sebuah lagi produk yang dilancarkan HUAWEI baru-baru ini adalah HUAWEI FreeBuds 4. Rekaan model TWS terbaru daripada HUAWEI yang ergonomik dan ringan ini bukan sahaja membuatkan para pengguna lebih bergaya malah selesa untuk digunakan dalam tempoh yang panjang.

Mengulas dari segi teknologi, model HUAWEI FreeBuds 4 ini dilengkapi dengan teknologi Open-fit Active Noise Cancellation 2.0 (atau dalam BM teknologi pembatalan hingar 2.0 ) yang dibantu oleh cip Kirin A1. menyokong bunyi beresolusi tinggi. Teknologi ini membolehkan HUAWEI FreeBuds 4 menghalang bunyi luar dalam memudahkan pengguna mendengar audio secara terus daripada HUAWEI FreeBuds 4. 

Model ini menawarkan masa penggunaan selama 4 jam untuk satu pengecasan penuh dan cuma memerlukan 15 minit pengecasan untuk penggunaan selama 2.5 jam. HUAWEI FreeBuds 4 hadir dengan tiga warna untuk dipilih pengguna terdiri daripada warna putih, hitam dan merah. 

HUAWEI FreeBuds 4 boleh disambungkan dengan pelbagai peranti dalam ekosistem Huawei termasuklah telefon pintar, tablet, komputer, jam pintar atau HUAWEI Vision serta dengan mana-mana peranti yang menjalankan sistem Android, iOS atau Windows. Sebanyak 2 peranti pula boleh disambungkan secara serentak dengan HUAWEI FreeBuds 4.

HUAWEI FreeBuds 4 pula sedia untuk didapatkan di rangkaian rasmi HUAWEI atau menerusi laman HUAWEI Malaysia dengan harga RM599 sahaja. Menariknya, para pengguna turut berpeluang menerima free gift daripada HUAWEI iaitu sebuah HUAWEI Band 4 Graphite.

Apa tunggu lagi? Inilah masanya untuk menjadi pengguna dua produk terbaharu HUAWEI ini. Penawaran spesifikasi yang hebat beserta harga yang berbaloi membuatkan model ini bakal menjadi rebutan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Afgan Positif Covid-19, Nasib Baik Tiada Gejala Sebab Dah Cucuk Vaksin

Suami Rebecca Sesak Nafas di Tahap 4 Covid 19, Rayu Kerajaan Supaya Full Lockdown