in , ,

Rebah Sewaktu Siaran Langsung Wanita Hari Ini, Roslan Shah Kini Stabil

Keterujaan penyanyi dan pengacara terkenal iaitu Roslan Shah yang dijemput menjadi tetamu undangan dalam program Wanita Hari Ini (WHI) bertukar menjadi detik cemas apabila dia tiba-tiba rebah ketika siaran langsung tengah hari tadi.

Menerusi satu kenyataan akhbar, Roslan Shah kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pemeriksaan doktor. Difahamkan sebaik sahaja menyedari insiden yang menimpa pengacara terkenal itu, pihak produksi bergegas memanggil panel doktor di Sri Pentas untuk memeriksa keadaan kesihatan beliau sebelum dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh.

Beliau yang sedar dan memberi respon sepanjang tempoh itu didapati mengalami tekanan darah tinggi.

Pengacara yang berusia 52 tahun ini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan pemeriksaan ujian saringan RTK menunjukkan keputusan negatif iaitu sama seperti sehari sebelum hadir di Sri Pentas.

Pihak TV3 sangat menitik-beratkan keselamatan krew penerbitan dan tetamu. Oleh hal demikian, pihak TV3 akan memastikan setiap tetamu jemputan perlu lengkap dua dos vaksin dan menjalani ujian saringan RTK sebelum memasuki premis Sri Pentas. Bukan itu sahaja, kesemua tetamu dan krew juga dinasihatkan supaya mematuhi SOP yang ditetapkan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SugarBomb

SugarBomb Mahu Jadi Jenama Kebanggaan Rakyat Malaysia, Teruja Taja Selangor FC

SPRM Mengembalikan Dokumen Yang Diambil Daripada PPM