in ,

SPRM Mengembalikan Dokumen Yang Diambil Daripada PPM

Berhubung dengan artikel bertajuk “Tussle over RM30 million unpaid royalties for recording artistes” yang dikeluarkan pada 3.10.2020, “Artistes seek MACC probe of ‘hidden hands’ in royalties fiasco” yang dikeluarkan pada 6.10.2020 dan “Probe MYIPO for giving PPM right to distribute artistes royalties, Karyawan tells MACC” yang dikeluarkan pada 26.10.2020, antara lain, SPRM memulakan siasatan terhadap PPM walaupun tiada sebarang aduan dibuat oleh ahli mereka.

Pegawai SPRM melawat premis PPM dan mengambil dokumen tertentu untuk siasatan mereka. Pelbagai kenyataan lisan daripada pihak pengurusan PPM turut dirakamkan oleh pegawai SPRM.

Selepas menyelesaikan siasatan mereka, pegawai SPRM memulangkan dokumen yang telah diambil dari premis PPM pada 17 Disember 2021 tanpa sebarang tindakan lanjut diperlukan daripada PPM.

“Sebagai Badan Pelesenan yang profesional, telus dan bertanggungjawab, PPM akan sentiasa memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam apa jua perkara yang memerlukan perhatian mereka. Kami sentiasa dan akan terus mematuhi semua undang-undang berkaitan operasi Badan Pelesenan. Kami akan terus mewakili kepentingan ahli kami dan industri muzik dengan integriti tertinggi” ulas Rosmin Hashim, Pengerusi PPM.

“Lembaga pengarah PPM ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai SPRM yang terlibat kerana berhemah dan profesional semasa menjalankan siasatan. Dengan pengembalian dokumen berkaitan, kami percaya isu ini telah berakhir dan kami boleh bergerak ke hadapan untuk terus mewakili kepentingan ahli kami secara terbaik” tambah Rosmin lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rebah Sewaktu Siaran Langsung Wanita Hari Ini, Roslan Shah Kini Stabil

Amen Khalid Sempurnakan Karya Terakhir Allahyarham Mamat Khalid KAMPONG PISANG BERBUAH DUA KALI