in , ,

Kolaborasi Nelissa Hilman & Wasis Studio Hasilkan Koleksi Seed(Pods) 2022

Kolaborasi Nelissa Hilman Dan Wasis Studio Hasilkan Koleksi Barang Kemas Kontemporari Dan Ultra-Moden Dinamakan Seed(Pods) 2022

Nelissa Hilman dan WASIS Studio meraikan pelancaran koleksi barang kemas dinamakan SEED(PODS). Dipengaruhi dengan putaran musim, inspirasi koleksi ini diambil dari biji-biji tumbuhan seperti ros, labu dan bunga-bunga liar. 

Selain itu, koleksi ini juga mengeksplorasi idea proses pembaharuan, terutamanya buat jenama Nelissa Hilman yang tatkala ini sedang menjalani proses pengembaraan kreatif yang baharu.

Koleksi kontemporari dan ultra-moden 12 jenis barang kemas ini merangkumi cincin, anting-anting serta kerongsang yang diperbuat dengan tangan lalu disalut dengan emas 24 karat. 

Kolaborasi Nelissa Hilman & Wasis Studio Hasilkan Koleksi Seed(Pods) 2022

Seiring dengan komitmen terhadap usaha “sustainability” atau kelestarian, koleksi ini direka menggunakan kepingan tembaga yang dahulunya merupakan papan tanda pertama buat cawangan Nelissa Hilman sebelum penjenamaan semula sempena ulang tahun ke-10 jenama tersebut pada tahun ini. 

Untuk melengkapkan lagi pengalaman visual para pelanggan Nelissa Hilman, koleksi ini juga dipersembahkan bersama sebuah instalasi visual yang direka khas oleh Flé Kuala Lumpur di samping pertunjukan secara langsung mengenai proses-proses pembuatan barang kemas tersebut oleh pereka dan pengasas WASIS Studio, Sakinah Hassan.

Kolaborasi Nelissa Hilman & Wasis Studio Hasilkan Koleksi Seed(Pods) 2022

Dipersembahkan buat kali pertama pada acara Kuala Lumpur Fashion Week bulan Ogos lepas, koleksi barang kemas ini berharga diantara RM380 sehingga RM600. 

Setiap item barang kemas hanya akan dibuat mengikut tempahan dan dihantar dalam jangka masa 2 hingga 4 minggu. Keseluruhan koleksi SEED(PODS) ini boleh dilihat melalui laman sesawang Nelissa Hilman dan cawangan fizikal sulung Nelissa Hilman di Bangsar Village II, Kuala Lumpur. 

Kolaborasi Nelissa Hilman & Wasis Studio Hasilkan Koleksi Seed(Pods) 2022

Tentang WASIS Studio (@wasisstudio)

Dizahirkan pada tahun 2019, WASIS adalah sebuah jenama barang kemas kontemporari lokal yang percaya dalam merekai barang kemas dengan menghormati serta mengambil inspirasi dari warisan dan tradisi Malaysia. Setiap pasang barang kemas yang direka diinspirasi oleh bentuk objek objek abstract serta harian. Jenama ini menggunakan loyang dalam koleksinya sebagai kehormatan terhadap warisan kultural Terengganu, negeri halaman Sakinah Hassan. 

Kolaborasi Nelissa Hilman & Wasis Studio Hasilkan Koleksi Seed(Pods) 2022

Tentang Nelissa Hilman (@nelissahilman )

Nelissa Hilman merekai kasut yang menyambut para wanita. Dalam usaha untuk menghasilkan kasut yang sempurna, penekanan terhadap rekaan klasik diberikan dengan olahan keselesaan, kemudaan, kemapanan bahan, serta kepakaran. Setiap pasang kasut dibuat secara tangan oleh pakar pembuat kasut tempatan demi melanjuti tradisi seni dan kepakaran industri pembuat kasut. Sejak permulaan jenama ini di tahun 2012, Nelissa Hilman telah giat berkolaborasi dengan para pereka fesyen tempatan dan antarabangsa, artis visual serta studio reka bentuk. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RAZMANSYAH

Razmansyah Hadir Dengan Single PERGI Ciptaan Dato’ A. Aida & Sharon Paul

RUSDI RAMLI

Rusdi Ramli Akui Bimbang, Tga Bulan Tidak Dapat Tawaran Berlakon