in , ,

Tahniah! Ramli M.S & M. Nasir Dapat Gelaran Dato’

Tahniah buat Ramli M.S & M. Nasir sebab dapat pangkat bergelar Dato’. Lepas ni, kena panggil gelaran Datin kat Marlia Musa la kan?

Hari ini, industri hiburan tanahair menerima berita gembira baru-baru ini apabila dua insan seni yang banyak berjasa di dalam dunia seni tanahair telah menerima pangkat yang membawa kepada gelaran ‘Dato’.

Dua insan seni tersebut ialah Dato’M.Nasir dan juga Dato’ Ramli M.S. Mereka berdua telah dikurniakan gelaran ‘Dato’ sempena majlis penganugerahan tersebut berlangsung di Pekan, Pahang sempena memuliakan Ulangtahun Hari Keputeraan yang ke-80 Sultan Pahang di Istana Sultan Abu Bakar.

Umum mengetahui bahawa dua insan seni ini pernah menggalas tanggungjawab sebagai pengetua rancangan realiti yang paling popular di Malaysia iaitu Akademi Fantasia.

Namun tugas dan jasa mereka terhdap industri hiburan tanahair tidak terbatas begitu sahaja.

Karya serta peranan mereka di dalam industri seni membangkitkan semangat kepada insan muda yang baru bergelumang di dalam industri ini menjadikan mereka contoh yang sebenar.

Tahniah dari kami di budiey.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Menarik Sempena Maulidur Rasul

Yuna Lancar Album di Amerika Syarikat