in

Program Menarik Sempena Maulidur Rasul

RTM KONGSI PROGRAM-PROGRAM KHAS SEMPENA MAULIDUR RASUL

Seperti kelazimannya, umat Islam di seluruh negara akan menyambut hari sempena keputeraan Rasulullah SAW setiap tahun. Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul dan setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah perarakan, syarahan, forum, marhaban dan jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan.

bidadari dari raudhah

Justeru tanggal 15 Februari 2011 ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak penonton sama-sama menghayati sambutan Maulidur Rasul dengan pelbagai program khas sekaligus memupuk semangat cintakan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Bermula dengan Siaran Langsung Sambutan & Perarakan Maulidur Rasul mulai jam 7.25 pagi dari Masjid Putra Jaya ke Masjid Tunku Mizan. Kemudiannya diteruskan dengan program Kasih Seorang Rasul pada jam 11.30 pagi, sebuah dokumentari mengenai peribadi seorang Rasul yang baik dan perlu menjadi ikutan umatnya.

Tiga buah telemovie menarik sarat dengan pengajaran berguna Telemovie Qun Faya Qun (jam 2.05 petang), drama yang mengangkat isu pembuangan bayi yang sedang hangat diperkatakan kebelakangan ini lakonan Maria Farida, Khairil Anwar, Yasmin Hani, Aida Khalida, Azhar Sulaiman dan Mie Raja Lawak.

aku bukan Siti Khadijah1

Drama Bidadari Dari Raudhah tayangan pada 18 Februari 2011 ini mengisahkan keinsafan seorang pemuda bernama Khir yang telah banyak membuat dosa dalam hidupnya. Begitu pun sepanjang hidupnya dia selayaknya bersyukur kerana dikurniakan isteri sebaik Raudhah yang banyak bersedekah di luar pengetahuan Khir dengan harta benda mereka.

aku bukan Siti Khadijah

Pada satu hari berlaku kejadian yang membuatkan dirinya berubah dan terbuka hati untuk menghargai insan-insan berada di sekelilingnya termasuk Raudhah. Drama menarik sarat pengajaran lakonan Edy Putra, Elly Mazlein, Dato Jalaluddin Hassan, Roy Azman, Othman Basri dan Ezany Nizariff ini disiarkan jam 10.30 pagi.

Mengisi slot Nurani, drama Aku Bukan Siti Khadijah keesokkan harinya pada 19 Februari 2011, jam 3.00 petang memaparkan perbezaan pendapat antara Zulaikha dan Zahir mengenai kedudukan dan peranan seorang isteri / wanita telah menyebabkan Zulaikha mengambil keputusan meletakkan jawatan dan menguruskan rumahtangga meskipun segalanya di luar kemahuan wanita itu.

QUN FAYA QUN

Zahir hanya mahukan seorang isteri yang menurut perintah dan mengikut telunjuknya. Hakikatnya Zahir sendiri gagal berperanan sebagai suami yang baik kepada Zulaikha. Saksikan drama yang menggandingkan watak utama Betty Benafe dan Esma Danial di samping Kenchana Dewi dan Siti Fazurina ini khas sempena sambutan Maulidur Rasul ini.

Pastikan anda meluangkan masa sempena Maulidur Rasul ini dengan tayangan program-program sarat dengan pengajaran ini hanya di TV1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Terima Kasih Cinta Ready to Take Center Stage

Tahniah! Ramli M.S & M. Nasir Dapat Gelaran Dato’