in , ,

Ramlah Ram Lancar MV KEMENANGAN, Tak Sangka Zoey Rahman Sudi Taja

Setelah sekian lama, penyanyi Ramlah Ram akhirnya telah melancarkan Muzik Video Raya terbaru semalam. Tahniah!

Pada tahun ini, kita dapat menyaksikan begitu ramai penyanyi tak kira penyanyi baru dan lama mengambil peluang untuk merakam lagu raya. Pastinya lagu raya ini dapat memeriahkan sambutan lebaran Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi. 

Setelah sekian lama tidak menghasilkan lagu raya terbaru, penyanyi lagenda negara, Ramlah Ram telah melancarkan lagu dan muzik video lagu raya terbaru berjudul Kemenangan. Lagu ini merupakan sebuah karya ciptaan Mohar dan lirik pula ditulis oleh Ismi dan Ramlah Ram sendiri.

“Setelah sekian lama saya tak keluarkan single raya saya rasa nerves. Sebab trend lagu sekarang kan dah lain. Apa-apa pun saya yakin lagu-lagu raya yang berkonsepkan kemelayuan begini yang akan terus menjadi lagu malar segar dan melekat di hati pendengar setiap kali menjelang raya,”

– Ramlah Ram

Semalam tepat jam 8 malam muzik video lagu KEMENANGAN telah dilancarkan secara rasmi di saluran Youtube Ramlah Ram Group.

Sebelum ini, lagu ini turut disiarkan menerusi sebuah video lirik sahaja pada tahun lepas dan telah menggamit 29,000 tontonan di Youtube setakat ini,

Pembikinan muzik video ini telah ditaja oleh Zoey Rahman menerusi syarikatnya, Mikaseries. 

“Saya mengucapkan terima kasih kepada adik saya Zoey Rahman dan Mikaseries kerana telah menaja pembikinan muzik video ini bersama Bangsawan Pictures. Saya juga rasa sangat terharu dan tak sangka Zoey dan team sayang saya sampai macam ni. Akak sayang korang,”

“Saya hadiahkan lagu KEMENANGAN ini buat semua peminat yang menyokong saya selama ini,”

– Ramlah Ram
WhatsApp Image 2022-04-29 at 3.41.07 PM

Pada tahun ini, Ramlah Ram akan menyambut Aidilfitri di kampung halamannya, di Muar, Johor.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Eskayvie Bersama Pak Nil Edarkan 500 Bingkisan Raya Untuk ‘Wira Jalanan

Sambutan Luar Jangkaan, Search Menambah Tarikh Konsert Endemik