in , ,

Sambutan Luar Jangkaan, Search Menambah Tarikh Konsert Endemik 

Di atas sambutan hangat daripada peminat setia, Konsert Search Endemik kini akan berlangsung selama dua malam pada 4 dan 5 Jun 2022 di Zepp Kuala Lumpur.

SEARCH yang dianggotai oleh Amy, Nasir, Hillary Ang dan Man Kidal hari ini mengumumkan bahawa ia telahpun menambah tarikh konsert bersejarah yang dinamakan KONSERT ENDEMIK. 

Konsert tersebut kini akan berlangsung selama dua malam pada 4 dan 5 Jun 2022 di Zepp Kuala Lumpur – sebuah venue terbaru bertaraf antarabangsa di Bukit Bintang, Kuala Lumpur sebagai lokasi konsert yang sememangnya amat dinanti-nantikan oleh semua peminat SEARCH.

Sambutan Luar Jangkaan, Search Menambah Tarikh Konsert Endemik

“Setelah berbincang dengan penganjur KONSERT ENDEMIK iaitu LOL Asia, kami membuat keputusan untuk menambah satu lagi malam untuk memberi peluang kepada semua peminat-peminat SEARCH bukan sahaja di Malaysia malah dari seluruh rantau Asia.

Pihak kami juga telah bertemu dengan Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin, yang menyokong penuh penganjuran konsert ini dan keputusan untuk mengadakannya selama dua malam.

Zepp KL mempunyai ciri-ciri sekuriti yang hebat namun untuk memastikan keselamatan penonton lebih terjaga, kami pasti inilah yang terbaik, walaupun negara kita sudahpun diisytiharkan sedang melalui fasa peralihan endemik,”

– Amy Search

Rizal Kamal, Ketua Pegawai Eksekutif, LOL Asia, berkata, “Laman web jualan tiket KONSERT ENDEMIK mula dibuka pada jam 10 malam semalam (28 Jun 2022) dan setakat ini kesemua VIP Box telahpun berjaya dijual. 

Sambutan Luar Jangkaan, Search Menambah Tarikh Konsert Endemik

Tiket-tiket bagi kategori Platinum, Gold, Silver dan Rock Zone juga hampir kehabisan. Saya percaya status SEARCH sebagai kumpulan rock nombor satu di Malaysia dan juga fasiliti bertaraf dunia di Zepp KL menjadi faktor utama tiket KONSERT ENDEMIK begitu laris. 

Ia adalah peluang yang tidak sepatutnya dilepaskan  oleh kesemua peminat kumpulan SEARCH terutamanya dengan line-up legenda iaitu Amy, Nasir, Hillary dan Man Kidal. SEARCH sendiri telah menjanjikan konsert paling epik dan bakal melakar sejarah di dalam lipatan industri seni tanahair terutama scene rock n roll”. 

Sambutan Luar Jangkaan, Search Menambah Tarikh Konsert Endemik

“KONSERT ENDEMIK pada 4 dan 5 Jun 2022 ini akan menjadi penanda aras baru bagi penganjuran konsert fasa endemik di Malaysia. Kami bukan sahaja merupakan band pertama membuat persembahan solo di Zepp KL, tetapi kami juga akan mempersembahkan buat pertama kali dua lagu baru dari SEARCH iaitu Endemik I dan Endemik II, selain lagu-lagu signature SEARCH yang menjadi kegilaan peminat-peminat kami.

Dapatkan tiket KONSERT ENDEMIK hari ini sebelum ianya habis dijual, danjumpa anda semua di Zepp KL pada 4 dan 5 Jun ini!,”

– Amy Search

Tiket KONSERT ENDEMIK telahpun mula dijual. Layari lolasia.bigtix.io untuk maklumat lanjut berkenaan pembelian tiket.  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ramlah Ram Lancar MV KEMENANGAN, Tak Sangka Zoey Rahman Sudi Taja

Hot FM, Buletin FM & Molek FM Hantar Pendengar Pulang Beraya