in

Ramalan Budiey Siapa Pemenang Anugerah Planet Muzik 2007

Pada 8 Jun (Jumaat) ini, Stadium Tertutup Singapura akan menjadi lokasi bagi penggiat seni muzik 3 negara berhimpun dalam Anugerah Planet Muzik 2007. Sebagaimana yang kita sedia maklum, daripada 420 jumlah penyertaan keseluruhan, Malaysia hanya diwakili 66 penyertaan sedangkan Singapura yang industri seninya lebih kecil masih berani bersaing dengan 120 pencalonan. Indonesia pula dengan 274 penyertaan. Bagi Malaysia, ini sesuatu yang memalukan kerana pencalonan artis kita semakin susut dari tahun ke tahun.

Kenapa ini boleh berlaku? Ada yang kata, syarikat rakaman dan artis boikot APM. Ada yang kata, sebab terlalu banyak persaingan antara album Indonesia yang semakin mengganas di bumi Malaysia. Sedangkan kita tengok, album tempatan semakin susut diterbitkan. Nak harap album kompilasi je…. mana boleh, kan? APM 2004, kita hantar 100 pencalonan. 2005 kita hantar 65 pencalonan. Merosot banyak sehingga 50 peratus tu, you all. Kemudian tahun lepas (2006) Malaysia hantar 63 pencalonan. Sedih! Indonesia jugak yang menang.

Saya menerima banyak komentar dari orang Indonesia di entri ini. Nasib baik tak jadi perang je… meletop gak la baca komentar diorang ni. Harap isu kecil ini tidak diperbesarkan.

Ramalan ini hanya main-main sahaja. Saya pilih sambil pejam mata je. Dahlah banyak artis Singapura yang saya tak tahu… pakai belasah je… Apa-apa je! (buat mimik muka macam Adi Rahman & Nirina Zubir)

p/s: Nak tengok apa lagi lawak dari hos Aznil dan hos dari negara lain…  Haha… yang tentu, Siti jadi mangsa lagi ke kali ni?

Artis Lelaki Baru Terbaik: Irwansyah – OST Heart

Artis Wanita Baru Terbaik: Acha Septriasa – Heart

Duo/Kumpulan Baru Terbaik: Nidji – Breakthru

Artis Lelaki Terbaik: M Nasir – Sang Pencinta

Artis Wanita Terbaik: Siti Nurhaliza -Transkripsi

Duo/Kumpulan Terbaik: Dewa 19 – Republik Cinta

Lagu Terbaik: Biarlah Rahsia (Siti Nurhaliza)

Album Terbaik: Transkripsi – Siti Nurhaliza

Lagu Terbaik Singapura: Sombong – Taufik Batisah

Artis Terbaik Singapura: Bhumiband

Album Terbaik Singapura: Konspirasi Dunia – Bhumiband

Artis Lelaki Paling Popular: Mawi

Artis Wanita Paling Popular: Siti Nurhaliza

Kumpulan Paling Popular: Dewa 19

Lagu Paling Popular: My Heart – Irwansyah & Acha Septriasa

Selamat maju jaya untuk Datuk Siti Nurhaliza… dan semua penyanyi lain yang bertanding.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi + Jeanne Abdullah

DANISH ISKANDAR

Glamour, Sensasi, Hebat, Segalanya dalam I Wanna Be A Model di 8TV