in , ,

Rakan Selebriti Titip Doa & Nasihat Buat Shuk Sahar

Menerusi ruangan komen rata-rata rakan selebriti mengambil kesempatan untuk menitipkan kata-kata semangat, nasihat serta doa buat Shuk yang mengharapkan agar pengacara I Can See Your Voice ini mengambil iktibar atas apa yang berlaku.

Sejak awal minggu lalu, nama pelawak dan penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar hangat diperkatakan berikutan dakwaan dia kembali curang dengan wanita lain seperti yang didedahkan sendiri oleh isterinya. Terbaru, selepas mengunci mulut buat seketika akhirnya Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar tampil dengan sebuah hantaran di laman Instagram nya. Dalam video IGTV, Shuk turut akui akan kesalahannya dan berjanji akan memperbaiki semula hubungan dengan isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah.

Shuk Mengaku Buat Silap, Sanggup Buat Apa Sahaja Untuk Kembali Bahagia Bersama Keluarga

“Setiap orang malakukan kesalahan..dan ini adalah kesalahan dan kesilapan saya..”

“Ye bukan senang dan bukan mudah untuk jernihkan air yang telah keruh..”

“Apa pun saya sanggup demi dapatkan balik keluarga dan kebahagian saya!!” tulisnya

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata rakan selebriti mengambil kesempatan untuk menitipkan kata-kata semangat, nasihat serta doa buat Shuk yang mengharapkan agar pengacara I Can See Your Voice ini mengambil iktibar atas apa yang berlaku.

Terdahulu, pengurusan stesen radio Hot FM menggantung perkhidmatan Shuk sebagai penyampai buat sementara waktu mulai Isnin lalu berikutan masalah peribadinya yang turut menjejaskan reputasi stesen radio itu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Usah Tertipu! Selepas Isharefans, Muncul Skim Jana Wang Percuma Yang Anda Perlu Tahu!

Isteri Rahmat Rabbani Meninggal Dunia Akibat Covid-19