in ,

Isteri Rahmat Rabbani Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Salam takziah dan marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah… Isteri anggota kumpulan Rabbani, Rahmat iaitu Norazlina A Rahman, 49, menghembuskan nafas terakhir akibat COVID-19 di Hospital Selayang, jam 5.25 pagi tadi.

Isteri anggota kumpulan Rabbani, Rahmat iaitu Norazlina A Rahman, 49, menghembuskan nafas terakhir akibat COVID-19 di Hospital Selayang, jam 5.25 pagi tadi.

“Arwah mempunyai sejarah penyakit buah pinggang, darah tinggi dan lumpuh separuh badan selepas terjatuh dalam bilik air, tahun lalu. 

“Bagaimanapun, arwah mengadu sesak nafas dan saya membawanya ke Hospital Selayang, Rabu lalu. Selepas menjalani ujian calitan, arwah didapati positif dan meninggal dunia disebabkan COVID-19,”

– Rahmat Rabbani
Rahmat Rabbani

Berkongsi keadaannya, Rahmat yang turut disahkan positif COVID-19 pada 11 Januari lalu.

“Saya menjalani kuarantin bersama arwah isteri dan empat cahaya mata di rumah. Alhamdulillah, tahap kesihatan saya juga semakin baik.

“Saya hanya berkurung dalam rumah selepas disahkan positif COVID-19. Saya tidak mengalami sebarang gejala. 

“Setakat ini, anak-anak saya masih negatif dan mereka juga tidak menunjukkan sebarang gejala,”

– Rahmat Rabbani
Rahmat Rabbani

Jenazah Allahyarham Norazlina selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara sebelum waktu Asar, hari ini.

Allahyarham meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Nur Aliah Natasha, 22, Mohd Arif Iskandar, 21, Mohd Arif Haikal, 19 dan Mohd Risqy, 12.

*Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rakan Selebriti Titip Doa & Nasihat Buat Shuk Sahar

Andi Bernadee Selami Kisah Rakyat Mendepani Pandemik Dalam KAIS PAGI KAIS PETANG